Presiden Halimah Yacob

Images
  • halimah yacob meet brunei
    Gambar: Halimah Yacob/Facebook

Presiden Halimah galak S'pura, Brunei teroka bidang kerjasama baru

BANDAR SERI BEGAWAN: Presiden Halimah Yacob berharap banyak lagi kerjasama dapat dijalin antara Singapura dengan Brunei, bukan setakad perjanjian-perjanjian yang ada sekarang, tetapi juga dalam bidang-bidang baru yang belum diteroka.

Presiden Halimah berkata demikian kepada media pada akhir lawatan negaranya yang pertama ke Brunei.

Menurut beliau, lawatan itu mengukuhkan lagi tunggak utama kerjasama antara Singapura dengan Brunei.

Ini termasuk hubungan yang lama terjalin dalam pertahanan dan kewangan.

Dalam pada itu, Presiden Halimah juga mengunjungi para anggota Angkatan Bersenjata Singapura yang menjalani latihan di Brunei.

Beliau juga menyaksikan perjanjian-perjanjian ditandatangani dalam bidang teknologi kewangan dan Perisikan Kewangan .

Satu lagi bidang yang menarik perhatiannya adalah usaha Brunei membangun daya tenaga mampan.

Ini, kata beliau, adalah sesuatu yang boleh dipelajari.

Walaupun Brunei kaya dengan hasil minyak, negara itu kata beliau masih berusaha ke arah kemampanan daya tenaga.

- CNA/MM/sm

Top