Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah akan buat persembahan di President's Star Charity 2018

Presiden Halimah Yacob akan membuat persembahan dalam acara amal 'President's Star Charity 2018' yang akan berlangsung pada Ahad (14 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah akan buat persembahan di President's Star Charity 2018

(Gambar fail: Hani Amin)

Diterbitkan : 10 Oct 2018 07:51AM Dikemas Kini : 10 Oct 2018 07:54AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan membuat persembahan dalam acara amal 'President's Star Charity 2018' yang akan berlangsung pada Ahad (14 Okt).

Beliau akan berada di atas pentas, disertai suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, bagi persembahan akhir bersama The Purple Symphony, orkestra terbesar tempatan yang inklusif di mana sebilangan ahli muziknya berkeperluan khas, serta penyanyi Aisyah Aziz, seorang penyanyi cacat penglihatan Wai Yee dan kumpulan Purple Choir Kids.

Edisi persembahan amal Mediacorp tahun ini tidak sahaja bertujuan untuk menghiburkan para penonton, tetapi ia juga bersifat inklusif, sekaligus membuka peluang kepada ramai untuk membuat persembahan.

Bertemakan "Shine Together", para selebriti tempatan mahupun bintang-bintang popular di rantau ini akan membuat persembahan demi mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan. Antaranya temasuk Dayang Nurfaizah.

Penyanyi Dayang Nurfaizah. (Gambar: Instagram/ Dayang Nurfaizah/Syed Faizal Syed Noh)

Penyanyi Dayang Nurfaizah. (Gambar: Instagram)

Acara yang berlangsung selama dua jam itu akan disiarkan di saluran 5 dan Toggle dari jam 7.30 malam. Semua dana yang terkumpul akan disalurkan kepada 59 badan amal.

"Acara amal tahunan 'Presiden's Star Charity' sudah menjadi satu komponen utama bagi mengajak masyarakat untuk mengambil bahagian dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Tahun ini, saya berbesar hati kerana dapat menekankan tentang pentingnya memperkasa diri mereka supaya dapat berdikari. Saya menggesa semua rakyat Singapura supaya dengan murah hati menyumbang, dari segi wang, masa atau kemahiran agar kita dapat membina sebuah masyarakat yang inklusif dan mengambil berat satu sama lain," kata Presiden Halimah.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan