Keppel Corporation sumbang S$1 juta kepada Cabaran Presiden 2018
Sempena meraikan ulang tahun ke-50, syarikat marin dan kegiatan lepas pantai, Keppel Corporation, menghulurkan sumbangan sebanyak S$1 juta bagi para penerima Cabaran Presiden 2018.
SINGAPURA: Sempena meraikan ulang tahun ke-50, syarikat marin dan kegiatan lepas pantai, Keppel Corporation, menghulurkan sumbangan sebanyak S$1 juta bagi para penerima Cabaran Presiden 2018.
Presiden Halimah hadir dalam satu acara untuk menerima cek daripada syarikat tersebut. Derma daripada Keppel Corporation bakal disalurkan dalam pembiayaan program-program bagi membantu golongan memerlukan di negara ini.
Menerusi catatan Facebook, Puan Halimah menyatakan bahawa beliau amat berbesar hati kerana syarikat itu memilih untuk meraikan ulang tahunnya dengan berbakti kepada masyarakat. Beliau turut melahirkan harapannya supaya syarikat-syarikat di Singapura terus bermurah hati.
"Tidak hanya dari segi sumbangan kewangan, tetapi juga pelibatan mereka dalam kerja-kerja sukarela," tambah beliau.
Keppel turut menyambut Jubli Emasnya dengan menganjurkan acara larian sejauh 50 kilometer yang disertai 20 kakitangannya. Ia juga berikrar untuk melakukan lebih 10,000 jam kerja sukarela tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.