Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Agong terima kunjungan hormat Presiden Halimah

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob ke Majlis Pertemuan Khas di Istana Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Agong terima kunjungan hormat Presiden Halimah

Sultan Muhammad V semasa pertemuan dengan Halimah Yacob di Istana Negara. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 09:50AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:53AM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menerima kunjungan hormat Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob ke Majlis Pertemuan Khas di Istana Negara.

Semasa kunjungannya semalam (18 Sep), Puan Halimah tiba di Istana Negara pada sekitar jam 5.50 petang, dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Awal sebelum itu, beliau menandatangani buku pelawat istana sebelum dibawa masuk ke dewan menghadap iaitu Dewan Sri Maharaja untuk pertemuan khas yang berlangsung selama sejam.

Pertemuan khas itu bersempena lawatan kerja selama dua hari Presiden Singapura ke Malaysia.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) Kementerian Luar Raja Nushirwan Zainal Abidin dan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan