Skip to main content

Iklan

Iklan

60% pelajar Assumption Pathway berjaya lanjutkan pelajaran ke ITE

Sekitar 60 peratus daripada para pelajar Sekolah Assumption Pathway berjaya melanjutkan pelajaran ke ITE.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Apr 2018 08:06PM Dikemas Kini : 13 Apr 2018 09:52PM

SINGAPURA: Sekitar 60 peratus daripada para pelajar Sekolah Assumption Pathway berjaya melanjutkan pelajaran ke ITE.

Sekolah itu mengambil para pelajar yang gagal dalam peperiksaan PSLE sekurang-kurangnya sekali.

Malahan lima bekas pelajar sekolah itu yang ke ITE kemudian berjaya ke politeknik manakala lapan lagi menerima biasiswa Pusat Hotel Singapura dan Pendidikan Pelancongan (SHATEC).

Presiden Halimah Yacob mendedahkan pencapaian Sekolah Assumption Pathway dalam acara sambutan ulang tahunya yang ke-10.

Sekolah ini membantu para pelajar yang tidak mampu memasuki sekolah-sekolah arus perdana untuk mengikuti kurikulum alternatif yang memberi tumpuan kepada kemahiran kejuruan.

Presiden Halimah berkata ini lebih-lebih lagi penting dalam landskap ekonomi global yang kian berubah-ubah, di mana para pelajar berdepan dengan arus gangguan teknologi. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan