GE2020

Images
  • nicole seah wp
    Calon baru WP, Nicole Seah, serah borang pencalonan di Sekolah Renda St Anthony’s Canossian pada pagi 30 Jun. (Gambar: Parti Pekerja)

WP letak Nicole Seah di GRC East Coast

SINGAPURA: Calon baru Parti Pekerja (WP), Nicole Seah, akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) East Coast.

Bekas anggota Parti Parpaduan Nasional berusia 33 tahun itu, menyerahkan borang pencalonannya di Sekolah Rendah St Anthony's Canossian di Bedok North pagi tadi (30 Jun).

Pasukan WP juga terdiri daripada bekas penyelidik Abdul Shariff Aboo Kassim, 54, timbalan pengarah Kenneth Foo, 42, peguam Terence Tan, 48, dan pengarah firma penasihat kewangan, Dylan Ng, 45.

Mereka akan bersaing dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin penolong setiausaha agung pertamanya, Encik Heng Swee Keat. Beliau berpindah dari GRC Tampines, menyusuli persaraan mantan Anggota Parlimen (AP) PAP Lim Swee Say.

Selain Encik Heng, pasukan PAP bagi GRC East Coast dianggotai AP sekarang, Dr Maliki Osman, 54, Jessica Tan, 54, mantan AP Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Fengshan, Cheryl Chan, 44, dan wajah baru Tan Kiat How, 43, yang merupakan mantan ketua eksekutif Penguasa Pembangunan Infokom Media.

SMC Fengshan digabungkan ke dalam GRC East Coast menyusuli semakan terkini sempadan kawasan undi.

GRC tersebut kini mempunyai 120,239 pengundi berbanding 96,493 pengundi sebelumnya.  

- TODAY/AQ/aq

Top