Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waktu mengundi dilanjutkan hingga 10 malam: ELD

Waktu mengundi di pusat-pusat mengundi di Singapura dilanjutkan hingga 10.00 malam "supaya pengundi dapat menunaikan tanggung jawab mereka", kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Waktu mengundi dilanjutkan hingga 10 malam: ELD

Para pengundi beratur di Ang Mo Kio Street 32 pada 10 Julai 2020. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 07:44PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 07:47PM

SINGAPURA: Waktu mengundi di pusat-pusat mengundi di Singapura dilanjutkan hingga 10.00 malam "supaya pengundi dapat menunaikan tanggung jawab mereka", kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (10 Jul).

Waktu mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-13 Singapura pada sepatutnya berakhir pada 8.00 malam.

"Dalam menjalankan kuasanya di bawah seksyen 39 (3) Akta Pilihan Raya Parlimen, Pegawai Pilihan Raya telah melanjutkan waktu mengundi di pusat-pusat mengundi di Singapura kecuali tempat mengundi di kemudahan yang ditentukan bagi SHN (notis jangan keluar rumah)," menurut ELD dalam satu kenyataan media.

"Pusat-pusat mengundi akan dibuka sehingga 10.00 malam supaya pengundi boleh terus mengundi. Meskipun keadaan di sebilangan besar tempat mengundi sudah bertambah baik, sebilangan kecil masih terus menyaksikan ramai orang beratur panjang. Lanjutan tempoh mengundi ini akan memberi semua pengundi cukup masa untuk menunaikan tanggungjawab mereka," menurut kenyataan media itu lagi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan