Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Undi warga S'pura di luar negara dikira

Lebih 4,700 undian dilakukan di luar negara dalam Pilihan Raya Umum pada Jumaat lalu (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2020 08:55PM Dikemas Kini : 15 Jul 2020 10:29PM

SINGAPURA: Sebanyak 4,794 undian dilakukan di luar negara dalam Pilihan Raya Umum pada Jumaat lalu (10 Jul).

Ini berbanding 4,868 yang dicatatkan pada 2015.

Undian itu dikira pada Rabu (15 Jul) di Pusat Latihan Jabatan Pilihan Raya.

Beberapa Pegawai Pilihan Raya dikerahkan untuk memeriksa setiap kotak undi yang dibawa masuk ke dalam sebuah dewan di mana perkiraan akan dijalankan.

Kertas-kertas undi itu tiba dari tempat-tempat seperti London, Canberra, Tokyo dan Hong Kong di mana undian dijalankan.

Turut hadir untuk memeriksa kiraan undi itu adalah anggota-anggota dari Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Selepas kotak-kotak diperiksa, ia dibuka satu persatu dan kiraan dimulakan. 

Sumber : CNA/SY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan