Skip to main content

Iklan

Iklan

Tugas AP Dipilih sudah bermula: Heng Swee Keat

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata AP Dipilih dari PAP sudah mula menjalankan tugas mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2020 08:47PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 09:01PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata AP Dipilih dari PAP sudah mula menjalankan tugas mereka.

Bagi Encik Heng dan pasukan GRC East Coast pimpinannya, mereka melawat beberapa kawasan dan pasar di kawasan undi itu hujung minggu ini.

Beliau berikrar untuk berkhidmat kepada para penduduk GRC itu dan rakyat Singapura mengharungi pandemik COVID-19 sekarang dan selepas pandemik itu berakhir.

Encik Heng juga menggesa rakyat Singapura supaya bersatu padu dan menumpukan perhatian kepada keutamaan-keutamaan negara supaya Singapura dapat bangkit lebih kukuh selepas COVID-19.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan