Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahukah anda, ada 53 Anggota Parlimen Melayu/Islam di S’pura sejak 1965; ini senarainya…

Tahukah anda sejak tahun 1965, ada 53 Anggota Parlimen Melayu/Islam. 25 adalah penjawat politik. Siapa mereka? Ini senarainya...

Anggaran Waktu Membaca:
Tahukah anda, ada 53 Anggota Parlimen Melayu/Islam di S’pura sejak 1965; ini senarainya…

Antara AP Melayu/Islam yang pernah memegang jawatan politik. (Gambar: Parlimen)

BERITAmediacorp: Setelah Pilihan Raya Umum 2020 Singapura kini berlalu serta keputusannya masih dihadam oleh semua parti bertanding dan juga para penganalisis, kini perhatian beralih pula kepada pembentukan kabinet baru parti memerintah.

Apakah Perdana Menteri akan melakukan rombakan kabinet atau sekadar perubahan kecil sahaja kepada barisan kabinet sedia ada? Siapakah di kalangan Anggota Parlimen Melayu/Islam yang bakal mengisi jawatan politik dan Kabinet?

Pada pilihan raya 2015 yang berlangsung pada 11 September, senarai jawatan politik dan kabinet diumumkan pada 28 September – bermakna selepas 17 hari pilihan raya diadakan. Pada pilihan raya 2011 pula, yang berlangsung pada 7 Mei, barisan kabinet diumumkan pada 18 Mei – iaitu 11 hari selepas pilihan raya.

Bagi GE2020, kini sudah 12 hari ia berlalu dan belum lagi ada pengumuman tentang kabinet baru. Namun jika dua pilihan raya lalu dijadikan sandaran, ada kemungkinan kabinet PM Lee Hsien Loong dijangka diumumkan pada minggu ini ataupun minggu depan.

Sementara menantikan pengumuman yang dinanti-nantikan itu, BERITAmediacorp membawa anda menjenguk siapakah para Anggota Parlimen (AP) dan pemegang jawatan politik di kalangan para AP Melayu/Islam sejak negara ini merdeka.

53 ANGGOTA PARLIMEN MELAYU/ISLAM

Tahukah anda sejak tahun 1965, negara ini sudah mempunyai seramai 53 AP Melayu/Islam. Ini termasuklah dua orang daripada parti pembangkang dan tujuh AP wanita kesemuanya.

Bermula hanya dengan tujuh AP Melayu dalam Parlimen pertama antara 1965 dengan 1968, jumlahnya terus meningkat. Pada Parlimen ke-14 nanti akan ada 14 AP Melayu.

Tujuh daripada mereka adalah wajah baru dalam arena politik tempatan – iaitu suatu jumlah rekod bagi masyarakat Melayu tempatan. Mereka ialah Mariam Jaafar, Nadia Ahmad Samdin, Raeesah Begum Farid Khan, Sharael Taha, Fahmi Aliman, Zhulkarnain Abdul Rahim dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Tujuh muka baru ini bakal dilantik sebagai Anggota Parlimen. (Gambar-gambar: PAP, WP)

Tujuh muka baru ini bakal dilantik sebagai Anggota Parlimen. (Gambar: PAP, WP)

Buat pertama kalinya juga tahun ini akan ada lebih daripada dua AP pembangkang, iaitu Muhamad Faisal Abdul Manap dan Raeesah Khan dari Parti Pekerja (WP). Cik Raeesah juga AP wanita Melayu/Islam pertama dari pihak pembangkang.

AP wanita Melayu/Islam pertama sejak Singapura merdeka datang dari PAP, iaitu Halimah Yacob, pada tahun 2001. Secara keseluruhannya sejak 1965 ada tujuh AP wanita Melayu termasuk Dr Fatimah Lateef, Dr Intan Azura Mokhtar, Rahayu Mahzam, Nadia Ahmad Samdin dan Mariam Jaafar.

(Gambar: Dr Intan Azura Mokhtar)

(Gambar: Dr Intan Azura Mokhtar)

Dalam kalangan 53 AP tersebut, seramai 25 pernah memegang jawatan politik. Malah sebahagian besarnya memegang lebih daripada satu portfolio.

Antara AP Melayu/Islam yang pernah memegang jawatan politik. (Gambar: Parlimen)

Dua AP Melayu pernah menjadi Speaker Parlimen – antara jawatan tertinggi di negara ini – iaitu Abdullah Tarmugi (2002-2011) dan Halimah Yacob (2013-2017). Puan Halimah kemudian melepaskan jawatan tersebut dan dilantik menjadi Presiden sejak September 2017.

Puan Halimah pernah menyandang jawatan Menteri Negara Kanan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Beliau juga satu-satunya AP wanita Melayu yang pernah memegang jawatan politik.

Gambar fail Presiden Halimah Yacob. (Gambar: Hanidah Amin)

Encik Abdullah pula merupakan Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam yang kedua di Singapura. Jawatan itu pertama kali disandang oleh Dr Ahmad Mattar. Tanggungjawab itu kemudian dipikul oleh Dr Yaakob Ibrahim dan sekarang Encik Masagos Zulkifli.

Gambar fail Encik Abdullah Tarmugi. (Gambar: Petikan video PMO)

Gambar fail Encik Abdullah Tarmugi. (Gambar: Petikan video PMO)

Selain lima orang Menteri penuh, lapan AP yang lain pernah menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Negara dan Menteri Negara Kanan.

10 AP Melayu/Islam lain pula pernah menyandang jawatan Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Parlimen Kanan.

Seorang AP iaitu Zaqy Mohamad merupakan Timbalan Whip Pemerintah. Empat orang AP pernah bergelar Datuk Bandar.

Tiga orang pernah menjadi Setiausaha Politik, iaitu Harun A Ghani, Zulkifli Mohamad dan Mohd Ghazali Ismail.

Berikut senarai para AP Melayu/Islam sejak 1965 sehingga Parlimen terakhir dibubarkan pada 23 Jun lalu.

AP PEMEGANG JAWATAN POLITIK

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Othman Wok 

Menteri Ehwal Sosial (1963-1977)
Menteri Kebudayaan (1965-1968)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Dr Ahmad Mattar
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam (1985-1993)
Menteri Sekitaran, (1985-1995)
Pemangku & Menteri Ehwal Sosial, (1984-1985)
Menteri Negara Ehwal Sosial (1977-1984)
Setiausaha Parlimen Pendidikan (1972-1977)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Abdullah Tarmugi
Speaker Parlimen (2002-2011)
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam (1993-2002)
Menteri Pembangunan Masyarakat & Sukan (1996-2002)
Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat & Sukan (1994-1996)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Dr Yaacob Ibrahim
Pemangku & Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, (2002-2018)
Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber (2015-2018)
Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (2011-2018)
Menteri Sekitaran & Sumber Air (2004-2011)
Pemangku & Menteri Pembangunan Masyarakat & Sukan, (2002–2004)
Menteri Negara Pembangunan Negara & Sukan, (2001-2002)
Setiausaha Parlimen Perhubungan dan Teknologi Maklumat (1998)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Masagos Zulkifli
Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam (2018-sekarang)
Menteri Sekitaran dan Sumber Air (2015-sekarang)
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri & Menteri Kedua Ehwal Luar (2012-2015)
Menteri Negara Dalam Negeri & Ehwal Luar (2010-2012)
Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan (2006-2010) & Ehwal Dalam Negeri (2008-2010)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Yaacob Mohamed

Setiausaha Parlimen Pembangunan Negara (1965)

Menteri Negara Pejabat Perdana Menteri &
Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri (1968 – 1977)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

A.Rahim Ishak
Menteri Negara Kanan Ehwal Luar (sehingga 1981)
Menteri Negara Ehwal Luar (1968 – 1980)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Othman Haron Eusofe
Menteri Negara Tenaga Manusia, (1997)
Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri (2005)
Datuk Bandar CDC Tenggara (2001 – 2004)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Dr Mohamad Maliki Osman
Setiausaha Parlimen Kesihatan, (2004 - 2005)
Setiausaha Parlimen Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, (2004 -2006)

Setiausaha Parlimen Pembangunan Negara (2005 - 2010)
Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Negara (2010 - 2013)

Setiausaha Parlimen Kanan Pertahanan (2011 - 2013)
Menteri Negara Pembangunan Negara (2013 - 2015)

Menteri Negara Pertahanan (2013 - 2015)
Datuk Bandar CDC Tenggara (2011 hingga sekarang)

Menteri Negara Kanan Ehwal Luar (2015 hingga sekarang)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Halimah Yacob
Menteri Negara Kanan Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (2011)
Menteri Negara Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga (2012)
Speaker Parlimen (2013 - 2017)
Presiden (2017 hingga sekarang)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Zaqy Mohamad
Menteri Negara Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia (2018-sekarang)
Timbalan Whip Pemerintah (2019-sekarang)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Zainul Abidin Rasheed
Menteri Negara Ehwal Luar, (2005)
Datuk Bandar Daerah Timur Laut, (2005)
Menteri Negara Kanan Ehwal Luar (2005)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Zainudin Nordin
Datuk Bandar Daerah Tengah Singapura (2006-2011)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Sha’ari Tadin
Setiausaha Parlimen Kebudayaan (1968 – 1976)
Pemangku Setiausaha Parlimen Pendidikan,

Setiausaha Parlimen Kanan Kebudayaan (1972)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Yatiman Yusof
Setiausaha Parlimen Ehwal Luar, (1986 - 1992)
Setiausaha Parlimen Kanan Informasi & Seni, (1997)
Setiausaha Parlimen Kanan Penerangan, Perhubungan & Seni (2005)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Mohamed Maidin BPM
Setiausaha Parlimen Informasi & Seni, (1992)
Setiausaha Parlimen Pendidikan, (1997)
Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri, (2001 – 2004)
Setiausaha Parlimen Kanan Sekitaran (2003 – 2004)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Hawazi Daipi
Setiausaha Parlimen Pendidikan
Setiausaha Parlimen Tenaga Manusia,

Setiausaha Parlimen Kanan Tenaga Manusia Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Dr Muhammad Faishal Ibrahim
Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga, merangkap Pendidikan (2017-sekarang)
Setiausaha Parlimen Pembangunan Sosial dan Keluarga (2015-2017)
Setiausaha Parlimen Kesihatan merangkap Pengangkutan (2012-2015)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Amrin Amin
Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan (2015-2020)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Buang Omar Junid
Setiausaha Parlimen Ehwal Sosial (1968–1970)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Mohd Ghazali Ismail
Setiausaha Parlimen Pendidikan (1970–1972)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Wan Hussin Zoohri
Setiausaha Parlimen Perhubungan & Penerangan (1985–1986)
Setiausaha Parlimen Kesihatan merangkap Kebudayaan, (1981-1985)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Harun A Ghani
Setiausaha Politik Ehwal Dalam Negeri (1989-2001)

(Gambar: laman Parlimen)

(Gambar: laman Parlimen)

Zulkifli Mohamed

Setiausaha Politik Pembangunan Masyarakat (1986 - 1991)

AP TANPA JAWATAN POLITIK

Mahmud Awang
Mohd Ariff Suradi
Rahmat Kenap
Abdul Aziz Karim
Ahmad Haleem
Mansor Haji Sukaimi
Rohan Kamis
Abbas Abu Amin
M K A Jabbar
Saidi Shariff
Ibrahim Othman
Abdul Nasser Kamarudin
Umar Abdul Hamid
Ahmad Mohd Magad
Ahmad Khalis Abdul Ghani
Fatimah Lateef
Intan Azura Mokhtar
Muhamad Faisal Abdul Manap
Zainal Sapari
Rahayu Mahzam
Saktiandi Supaat

AP BARU PASCA GE2020

Nadia Samdin
Sharael Taha
Wan Rizal Wan Zakariah
Mariam Jaafar
Fahmi Aliman
Zhulkarnain Abdul Rahim
Raeesah Khan 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan