Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

SMC Kebun Baru ditandingi PAP dan PSP

Calon dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) Henry Kwek akan bersaing dengan calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Kumaran Pillai bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kebun Baru yang baru ditubuhkan setelah kedua-duanya disahkan sebagai calon pada Hari Penamaan Calon (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
SMC Kebun Baru ditandingi PAP dan PSP

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 04:17PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 04:20PM

SINGAPURA: Calon dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) Henry Kwek akan bersaing dengan calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) Kumaran Pillai bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Kebun Baru yang baru ditubuhkan setelah kedua-duanya disahkan sebagai calon pada Hari Penamaan Calon (30 Jun).

Encik Kwek adalah mantan Anggota Parlimen bagi Kebun Baru di GRC Nee Soon. Beliau pertama kali menceburi politik pada 2015 sebagai sebahagian daripada pasukan PAP di Nee Soon.

Bagi Encik Pillai pula, ini merupakan pilihan raya pertama bagi bekas penerbit laman sosio-politik The Independent Singapore, yang kini memegang jawatan sebagai ketua eksekutif bagi sebuah firma pemacu usaha sama.

SMC Kebun Baru mempunyai lebih 22,600 pengundi.

Pada Isnin (29 Jun), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata SMC itu akan
diletakkan di bawah Majlis Bandaran Ang Mo Kio, sama seperti SMC Yio Chu Kang yang baru, jika PAP memenangi GRC Ang Mo Kio dan kedua-dua SMC tersebut.

Dalam ucapan selepas pencalonannya disahkan, Encik Pillai berkata "sudah tiba masanya untuk mengubah hala tuju".

Beliau mengetengahkan isu-isu seperti peningkatan pada kes-kes demam denggi dan kehilangan pekerjaan, serta infrastruktur yang tidak mencukupi bagi penduduk yang semakin menua di Kebun Baru.

Ia perlu ditangani dan diperbaiki "dengan secukupnya dan jelas", katanya.

"Parti Kemajuan Singapura sudah melancarkan manifesto yang hebat dan saya ingin membentangkannya bagi tempoh lima tahun akan datang."

Encik Kwek bagaimanapun tidak bercakap dengan pihak media selepas pencalonannya disahkan, namun dalam catatan Facebooknya pada Ahad (28 Jun), beliau berkata bahawa beliau sangat berbesar hati jika diberi peluang untuk menjadi Anggota Parlimen bagi Kebun Baru.

"Saya akan bekerja keras untuk mendapatkan sokongan dan mandat anda. Jika anda pilih saya sebagai AP, saya akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat untuk anda, dan bersama dengan anda, menjadikan Kebun Baru kediaman yang lebih baik untuk didiami," katanya.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan