Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Skim NCMP sudah dipertingkat, para AP ada kuasa mengundi: Dr Maliki

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC East Coast Dr Mohd Maliki Osman turut menyumbang suara kepada perbahasan mengenai skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Anggaran Waktu Membaca:
Skim NCMP sudah dipertingkat, para AP ada kuasa mengundi: Dr Maliki
Diterbitkan : 02 Jul 2020 07:19PM Dikemas Kini : 02 Jul 2020 07:26PM

SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC East Coast Dr Mohd Maliki Osman turut menyumbang suara kepada perbahasan mengenai skim Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Dr Maliki berkata skim itu sudah dipertingkatkan.

Menurutnya lagi, NCMP juga mempunyai kuasa untuk mengundi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pihak media hari ini (2 Jul).

Dr Maliki menekankan bahawa skim NCMP sudah diamalkan begitu lama.

Beliau juga menyangkal kenyataan bahawa tidak akan ada suara pembangkang dalam Parlimen.

Menurutnya, ini kerana skim NCMP bertujuan mewujudkan lebih ramai pembangkang dalam Parlimen.

Dalam pada itu, Dr Maliki turut menambah bahawa PAP akan terus melibatkan diri dengan parti pembangkang menerusi cara yang membina.

Pasukan PAP GRC East Coast, yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, menentang Parti Pekerja pada pilihan raya akan datang.

Selain Dr Maliki, ia turut dianggotai Cik Cheryl Chan, Cik Jessica Tan, dan Encik Tan Kiat How.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan