Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Sitoh Yih Pin pertahan SMC Potong Pasir bagi PAP dengan 60.69% undi

Encik Sitoh Yih Pin daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempertahankan kerusi SMC Potong Pasir beliau dengan mengalahkan Encik Jose Raymond dari Parti Rakyat Singapura (SPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Sitoh Yih Pin pertahan SMC Potong Pasir bagi PAP dengan 60.69% undi

Encik Sitoh Yih Pin (Gambar: Try Sutristno Foo)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 02:36AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 02:47AM

SINGAPURA: Encik Sitoh Yih Pin daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempertahankan kerusi SMC Potong Pasir beliau dengan mengalahkan Encik Jose Raymond dari Parti Rakyat Singapura (SPP).

Encik Sitoh mendapat 60.69 peratus undi berbanding 39.31 peratus yang diperolehi Encik Raymond.

Jurang kemenangan undi yang diraih Encik Sitoh susut hampir enam peratusan mata berbanding pada Pilihan Raya Umum 2015.

Ini adalah kali kelima beliau bertanding di SMC itu, dan kali pertama berdepan dengan lawan yang bukan dari keluarga Chiam.

Encik Raymond, 48, menjadi pengerusi SPP pada November lalu, mengambil alih daripada Cik Lina Chiam, isteri tokoh pembangkang Chiam See Tong.

Sebagai calon kali pertama, beliau merayu warga Singapura untuk memilih "fajar baru" dengan lebih banyak persaingan politik.

Di pihaknya, Encik Sitoh, 56, berikrar untuk menjaga "tiga generasi" penduduk di Potong Pasir.

SMC Potong Pasir dijaga oleh Encik Chiam selama hampir 30 tahun. Salah seorang anggota parlimen pembangkang yang paling lama berkhidmat di Singapura, beliau memegang Potong Pasir selama enam penggal dari 1984 hingga 2011.

Pada Pilihan Raya Umum 2011, Encik Chiam mengetuai pasukannya bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh, manakala Cik Chiam bertanding di Potong Pasir.

Beliau kalah tipis di tangan Encik Sitoh pada 2011, dengan 49.64 peratus undi. Pada 2015, Encik Sitoh melebarkan jurang, dengan memenangi 66.39 peratus undi.

Walaupun sempadan kawasan undi Potong Pasir diubah untuk pertama kalinya dalam tiga dekad kali ini, ia tetap membentuk kawasan undi paling kecil Singapura dengan 19,740 pengundi. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan