Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Siaran politik SMC Mountbatten: PAP tekankan pentingnya mendengar keprihatinan penduduk; Suara Rakyat berkata AP harus sampaikan aspirasi rakyat

Dalam ucapan yang disiarkan pada Isnin (6 Jul), calon PAP di SMC Mountbatten menarik perhatian kepada usaha beliau mendampingi penduduk bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka, sementara pesaingnya dari parti Suara Rakyat (PV) pula berkata kepentingan Pemerintah sering dipaksakan pada rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Siaran politik SMC Mountbatten: PAP tekankan pentingnya mendengar keprihatinan penduduk; Suara Rakyat berkata AP harus sampaikan aspirasi rakyat

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 06 Jul 2020 10:19PM Dikemas Kini : 06 Jul 2020 10:27PM

SINGAPURA: Dalam ucapan yang disiarkan pada Isnin (6 Jul), calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di SMC Mountbatten menarik perhatian kepada usaha beliau mendampingi penduduk bagi meningkatkan taraf kehidupan mereka, sementara pesaingnya dari parti Suara Rakyat (PV) pula berkata kepentingan Pemerintah sering dipaksakan pada rakyat.

Calon PAP Lim Biow Chuan dan calon PV Sivakumaran Chellappa, kedua-duanya berusia 57 tahun, menyampaikan siaran politik kawasan undi masing-masing dengan Encik Lim menyampaikan ucapannya dahulu.

PAP: HUBUNGAN DENGAN PENDUDUK PENTING BAGI MEMAHAMI KEPRIHATINAN

Encik Lim sudah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) Mountbatten selama 14 tahun Menurutnya sepanjang tempoh itu beliau telah menemui ramai penduduk semasa melakukan lawatan ke rumah dan di sekitar kejiranan, di pusat makanan dan juga "ketika beliau bersiar-siar sendirian" di sekitar estet tersebut.

Beliau berkongsi empat kejadian di mana maklum balas penduduk diambil dalam pertimbangan untuk memperbaiki estet berkenaan.

Pertama, beliau dapat meyakinkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyediakan dua lif di jejantas yang merentasi Jalan Batu supaya golongan warga emas boleh menyeberang jalan dengan mudah.

Kedua, beliau meminta LTA untuk meningkatkan tahap keselamatan di bulatan Marine Parade selepas satu kemalangan maut berlaku di sana.

Ketiga, beliau meminta LTA untuk meninggikan lintasan belang di Tanjong Rhu Road kerana banyak kereta dipandu laju di kawasan itu.

Akhir sekali, beliau meminta Lembaga Taman Negara (NParks) untuk memperbaiki laluan hubungan taman di sepanjang tebing sungai.

"Salah satu daripada peranan utama seorang AP adalah untuk mendengar dan mendampingi penduduk," katanya.

"Titik hubungan ini membolehkan penduduk mengenali anda dengan lebih dekat. Adakah anda senang didekati? Adakah anda ikhlas? Adakah anda sanggup mendengar pandangan yang berbeza? Dan adakah anda mempunyai jiwa rakyat untuk berkhidmat?"

PV: AP HARUS 'SAMPAIKAN' ASPIRASI RAKYAT KEPADA PEMERINTAH

Encik Chellappa ialah calon kali pertama dalam pilihan raya dan seorang pendidik swasta dengan pengkhususan dalam matematik. Beliau berkata seorang Anggota Parlimen harus "berkhidmat bagi kepentingan penduduk dan aspirasi mereka, dengan menyampaikannya kepada Pemerintah".

"Seringkali, yang sebaliknya berlaku," katan beliau. "Kepentingan Pemerintah dipaksa pada rakyat."

Kejadian demikian lazimnya berlaku dalam "hal berkaitan pekerjaan dan bilangan penduduk", ujarnya.

Setelah membesar di Singapura pada era tahun 1970-an dan 1980-an, Encik Chellappa beliau beliau sudah menyaksikan rakyat Singapura "maju secara ekonomi", namun beliau berkata situasi itu "berubah haluan" pada lewat tahun 1990-an dan pada awal abad ini.

"Apa yang harus kita lakukan? Kita secara bersama harus mencari jawapan tentang mengapa semua ini berlaku. Kita harus meneliti perkara ini dan mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki."

Encik Chellappa berkata misi beliau mencari jawapan inilah yang mendorongnya untuk menceburi bidang politik. Beliau menyertai parti Suara Rakyat, sebuah parti "yang selari dengan pemikirannya".

Mountbatten mempunyai 24,267 pengundi tahun ini.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan