Skip to main content

Iklan

Iklan

SDP perkenalkan dua calon pertama menerusi Facebook

Parti Demokratik Singapura (SDP) pada Ahad (28 Jun) memperkenalkan dua calon baru bagi Pilihan Raya Umum (GE) akan datang, menerusi laman Facebook parti tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
SDP perkenalkan dua calon pertama menerusi Facebook

Encik Alfred Tan (kiri) dan Cik Min Cheong diperkenalkan sebagai calon SDP pada 28 Jun 2020 (Gambar: Facebook/SDP)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 08:13AM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 12:57PM

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) pada Ahad (28 Jun) memperkenalkan dua calon baru bagi Pilihan Raya Umum (GE) akan datang, menerusi laman Facebook parti tersebut.

Mereka ialah:

  • Encik Alfred Tan, 54, pengarah rangkaian kedai makanan dan minuman, Kopi Ong. Ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya umum.
  • Cik Min Cheong, 35, seorang karyawan pemasaran dan perhubungan. Ini juga adalah kali pertama beliau bertanding.

Kedua-dua calon dilihat melakukan kunjungan dari rumah ke rumah dan bertemu dengan para penduduk di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah sejak separuh kedua tahun 2019.

Dalam satu video yang mengumumkan pencalonannnya, Encik Tan berkata manfaat sebuah ekonomi yang bertenaga dan berdaya keusahawanan mesti disalurkan untuk kesejahteraan masyarakat dan individu dalam masyarakat itu.

"Saya percaya akan sebuah masyarakat demokratik dengan sebuah Parlimen yang mewakili pandangan rakyatnya di mana undang-undang dibahaskan dan dibentuk oleh rakyat dan untuk rakyat, dan di mana Pemerintah dipertanggungjawabkan bagi keputusan-keputusan yang dibuatnya," kata beliau.

Cik Cheong berkata beliau mempunyai minat untuk memperbaharui cara orang ramai bekerja dan menjalani kehidupan sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh yang dipanggil "kemaslahatan tenaga kerja". Ini termasuk perkara seperti kemampanan sosio-ekonomi dan kesejahteraan diri.

"Sebagai seseorang yang yakin terhadap wacana awam, saya berharap kita akan memupuk keinginan dan keupayaan berfikir secara kritikal dan perbahasan yang bermakna, empati serta keinginan kuat untuk berjuang bagi mereka yang memerlukan sokongan, selain tujuan-tujuan lain yang wajar diperjuangkan," katanya.

Awal dari itu pada Ahad, parti itu memperkenalkan tiga daripada empat calon yang dijangka akan bertanding di GRC Marsiling-Yew Tee bagi pilihan raya akan datang.

Mereka ialah Encik Bryan Lim Boon Heng, 43; Encik Damanhuri Abas, 49; dan Dr James Gomez, 55.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan