Skip to main content

Iklan

Iklan

SDP mahu kemuka isu-isu genting dihadapi rakyat, kata pengerusi parti Paul Tambyah

Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Paul Tambyah hari ini (4 Jul) menuduh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai sudah "ketandusan idea" dan mengamalkan "politik mencemarkan peribadi" Dr Chee Soon Juan.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Paul Tambyah hari ini (4 Jul) menuduh Parti Tindakan Rakyat (PAP) sebagai sudah "ketandusan idea" dan mengamalkan "politik mencemarkan peribadi" Dr Chee Soon Juan.

Lewat malam semalam, PAP mengeluarkan kenyataan melahirkan rasa "kecewa tetapi tidak terperanjat" bahawa Dr Chee belum lagi berubah kerana menyebarkan kepalsuan mengenai isu '10 juta penduduk' untuk Singapura.

PAP juga menambah, ia kecewa Dr Tambyah bersekongkol dengan Dr Chee berhubung isu itu kerana menyangka pengerusi SDP itu orang yang "lebih baik" dari itu.

Ini jawapan balas Dr Tambyah semasa berkempen di kawasan undi SMC Bukit Panjang hari ini.

"Saya rasa ini benar-benar suatu petanda terdesak. Mereka sudah ketandusan idea. Jadi mereka menggunakan taktik lama PAP iaitu taktik mencemarkan peribadi," kata Dr Tambyah.

Beliau juga mempersoalkan tindakan PAP kerana pemerintah punya "cukup masa" untuk menjelaskan isu itu memandangkan ia diterbitkan dalam manifesto SDP pada 28 April.

"Kita dengan mudah boleh dikenakan POFMA kerana kita sudah dikenakan POFMA bagi takrifan data dan statistik," kata beliau."Mengapa mereka tunggu sangat lama sebelum tiba-tiba memutuskan bahawa ini adalah kepalsuan, di tengah-tengah kempen pilihan raya, di tengah-tengah sebuah pandemik?"

Dr Tambyah menambah bahawa ini adalah kemenangan buat rakyat Singapura kerana PAP kini sudah terang-terangan menyatakan ia tidak berniat mewujudkan 10 juta penduduk.

Mengulas sokongan para pemimpin Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) kepada SDP dalam isu ini, Dr Tambyah menganggapnya sebagai menggalakkan kerana ini pengakuan bahawa mereka menyokong bahawa pilihan raya ini adalah mengenai masa depan Singapura, bukan suatu kenyataan yang dibuat pada Mac 2019.

Dengan tinggal hanya lima hari lagi untuk berkempen, Dr Tambyah memberitahu beliau dan pasukannya sudah ke semua blok di kawasan undi tersebut dan akan terus mendekati penduduk untuk mendengar keprihatinan mereka.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan