Skip to main content

Iklan

Iklan

SDP akan pastikan tidak ada sasaran 10 juta penduduk - Dr Chee Soon Juan

Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan berkata pasukannya akan memastikan PAP berpegang kepada janjinya tidak menaikkan jumlah penduduk negara ini kepada 6.9 atau 10 juta orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2020 08:12PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 08:41PM

SINGAPURA: Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Chee Soon Juan berkata pasukannya akan memastikan PAP berpegang kepada janjinya tidak menaikkan jumlah penduduk negara ini kepada 6.9 atau 10 juta orang.

Pemerintah sudah menyatakan ia tidak menetapkan sasaran seperti itu.

Dr Chee menulis demikian di Facebook buat pertama kali selepas kalah di tangan calon PAP, Murali Pillai di SMC Bukit Batok.

Meskipun keputusan itu menyakitkan, kata Dr Chee, pasukannya akan terus berjuang.

SDP kalah di kelima-lima kawasan undi yang ditandinginya.

Namun 45.2 peratus undi yang diraih Dr Chee adalah yang tertinggi buat dirinya sejak pertama kali bertanding pada 1992.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan