Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat Singapura keluar mengundi

Selepas sembilan hari berkempen di tengah-tengah cabaran COVID-19, rakyat Singapura keluar mengundi pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Singapura keluar mengundi

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 08:04AM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 08:06AM

SINGAPURA: Selepas sembilan hari berkempen di tengah-tengah cabaran COVID-19, rakyat Singapura keluar mengundi pada Jumaat (10 Jul).

Musim pilihan raya kali ini tidak seperti yang diadakan sebelum ini, sedang para calon dan pengundi perlu mematuhi beberapa langkah keselamatan yang dikuat kuasakan kerana pandemik virus korona baru. Beberapa langkah keselamatan dilaksanakan pada Hari Mengundi untuk memastikan keselamatan orang ramai.

Undian bermula pada pukul 8:00 pagi dengan waktu khas diperuntukkan bagi para pengundi warga emas berusia 65 tahun dan ke atas di kebanyakan stesen mengundi.

Para pengundi yang lain pula diberi jadual mengundi yang disarankan - tertera pada kad mengundi - bagi menjarakkan ketibaan pengundi sepanjang tempoh mengundi. Namun mereka yang tidak dapat hadir pada masa yang diperuntukkan
boleh mengundi di luar waktu tersebut pada bila-bila masa stesen mengundi dibuka.

Undian akan ditutup pada pukul 8:00 malam dengan kiraan sampel dijangka diumumkan tidak lama kemudian.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan