Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat perlukan pasukan bertanggungjawab, berkesan, jujur kata Dr Faishal Ibrahim

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Nee Soon Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian semasa rapat online pasukan beliau hari ini (7 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Rakyat memerlukan pasukan yang bertanggungjawab, berkesan, jujur dan mengutamakan kepentingan rakyat Singapura bagi menempuhi krisis COVID-19.

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Nee Soon Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata demikian semasa rapat online pasukan beliau hari ini (7 Jul).

Pasukan PAP bagi GRC Nee Soon dipimpin Encik K Shanmugam dan turut dianggotai Encik Louis Ng, Cik Carrie Tan dan Encik Derrick Goh.

Semasa menyampaikan ucapan beliau, Dr Faishal menekankan bagaimana keadaan global sekarang terjejas teruk dengan pandemik COVID-19.

Perkara itu secara tidak langsung menjejas setiap lapisan masyarakat dalam pelbagai sudut.

"Khusus bagi masyarakat di Nee Soon, kita sudah mengadakan pelbagai pendekatan dan program untuk tingkatkan kehidupan bersama dan usaha bersama bagi menangani wabak COVID-19.

"Sedang kita menghadapi cabaran COVID-19 ini, pasukan yang bagaimanakah yang kita perlukan untuk menempuhi krisis ini bersama anda? Kita memerlukan pasukan yang bertanggungjawab, berkesan, jujur dan mengutamakan kepentingan rakyat Singapura termasuk penduduk-penduduk Nee Soon," ujar beliau.

PROGRAM SEDIA ADA AKAN DIPERTINGKATKAN LAGI

Lantaran itu, kata Dr Faishal, pasukannya sudah melakarkan pelbagai program bagi segmen yang berbeza-beza di GRC Nee Soon.

Antara program yang dimaksudkannya adalah program menyokong institusi keluarga dan juga pendidikan.

Pengalaman itu membuat beliau dan pasukannya lebih memahami aspirasi dan keprihatinan para penduduk.

Dr Faishal berkata: "Kami akan meneruskan usaha kita untuk mendekati penduduk-penduduk Nee Soon bagi mengukuhkan ikatan antara anda dan menyediakan wadah-wadah bagi anda meningkatkan keupayaan dan mencapai aspirasi masing-masing."

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan