Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pritam Singh diberi hak keistimewaan Parlimen, elaun berganda sebagai Ketua Pembangkang

Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh akan menggalas lebih banyak tanggungjawab dan diberikan hak istimewa tambahan bagi peranannya sebagai Ketua Pembangkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2020 06:31PM Dikemas Kini : 28 Jul 2020 09:13PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Pritam Singh akan menggalas lebih banyak tanggungjawab dan diberikan hak istimewa tambahan bagi peranannya sebagai Ketua Pembangkang, menurut pihak berkuasa pada Selasa (28 Jul) dalam satu kenyataan yang membentangkang butiran jawatan baru itu. Encik Pritam juga akan menerima seganda elaun seorang Anggota Parlimen yang dipilih.

Serupa dengan sistem parlimen Westminster yang lain, Ketua Pembangkang yang dipilih secara rasmi di Singapura akan memimpin pihak pembangkang dalam membentangkan pandangan alternatif semasa perbahasan berhubung dasar, Rang Undang-Undang dan usulan di parlimen, menurut Pejabat Speaker Parlimen dan Pejabat Ketua Dewan Parlimen dalam satu kenyataan bersama.

Beliau juga akan memimpin dan mengendalikan penelitian terhadap kedudukan dan tindakan Pemerintah dalam Parlimen, dan dilibatkan bersama bagi pelantikan anggota pembangkang ke dalam Jawatankuasa Terpilih, seperti Jawatankuasa Akaun Awam.

Selain daripada tugasnya di parlimen, Encik Singh juga mungkin perlu menghadiri acara-acara rasmi negara dan menyertai lawatan serta mesyuarat bersama anggota-anggota Pemerintah dan perkhidmatan awam.

Bagi membolehkan beliau menjalankan tugasnya, Encik Singh akan diberikan hak keistimewaan Parlimen, elaun yang lebih tinggi dan sumber untuk menggajikan kakitangan tambahan.

Ketua pembangkang di Parlimen, lazimnya diberikan hak untuk memberi respons pertama dalam kalangan AP dan menyoal para menteri. Beliau juga akan diberi masa lebih panjang untuk berucap, sama seperti yang diberikan kepada pemegang jawatan politik yang lain.

Selain daripada data pemerintah atau maklumat yang disediakan kepada AP yang lain, Encik Singh juga akan menerima taklimat sulit oleh Pemerintah berhubung "perkara-perkara tertentu mengenai keselamatan negara serta hubungan luar negara dan sekiranya berlaku krisis atau keadaan darurat dalam negeri."

Beliau juga akan diberikan sebuah pejabat, dibenarkan untuk menggunakan bilik mesyuarat di Parlimen dan seorang setiausaha untuk membantu beliau dengan urusan pentadbiran parlimen.

Encik Singh juga akan mendapat elaun tahunan S$385,000 yakni seganda lebih daripada elaun seorang AP dipilih.

Beliau juga akan menerima elaun untuk menggajikan sehingga tiga lagi penolong perundangan. Ia tambahan kepada elaun yang diterima semua AP untuk menggajikan seorang penolong perundangan dan seorang penolong setiausaha.

Parlimen ke-14 Singapura akan bersidang pada 24 Ogos.  

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan