Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob bubarkan Parlimen, Hari Penamaan Calon pada 30 Jun

Presiden Halimah Yacob membubarkan Parlimen pada Selasa (23 Jun) atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob bubarkan Parlimen, Hari Penamaan Calon pada 30 Jun

Gambar fail Bangunan Parlimen di Singapura. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 23 Jun 2020 05:58PM Dikemas Kini : 23 Jun 2020 07:01PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob membubarkan Parlimen pada Selasa (23 Jun) atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO).

"Perdana Menteri juga menasihatkan agar Hari Penamaan Calon diadakan pada Selasa, 30 Jun, 2020, dan Presiden bersetuju," menurut PMO.

"Hari Mengundi akan diumumkan oleh Pegawai Pilihan Raya."

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Selasa berkata bahawa beliau telah menasihatkan Presiden Halimah supaya membubarkan Parlimen dan mengeluarkan Writ Pilihan Raya.

Pilihan Raya sekarang akan "melakarkan laluan" dan memberi Pemerintah akan datang mandat baru selama lima tahun untuk memberi tumpuan kepada agenda nasional dan membuat keputusan yang sukar yang perlu dilaksanakannya, menurut PM Lee dalam amanat kepada negara yang disiarkan secara langsung di televisyen.

"Pilihan sebaliknya adalah untuk menunggu sehingga pandemik COVID-19 berakhir. Namun kita tidak mempunyai jaminan bahawa pandemik itu akan berakhir sebelum tamat penggal Pemerintah sekarang pada April akan datang," kata beliau.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan