Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob akan sampaikan ucapan sempena pembukaan Parlimen ke-14 S'pura

Presiden Halimah Yacob akan menyampaikan ucapan apabila Parlimen Singapura yang ke-14 dibuka secara rasmi pada Isnin (24 Ogos), dengan Parlimen bersidang buat pertama kali sejak Pilihan Raya Umum (GE2020) pada Julai lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob akan sampaikan ucapan sempena pembukaan Parlimen ke-14 S'pura

Gambar fail Presiden Halimah. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 05:25PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 05:27PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan menyampaikan ucapan apabila Parlimen Singapura yang ke-14 dibuka secara rasmi pada Isnin (24 Ogos), dengan Parlimen bersidang buat pertama kali sejak Pilihan Raya Umum (GE2020) pada Julai lalu.

Ucapannya akan menggariskan keutamaan Pemerintah dan tumpuan terhadap usaha mengenai bagaimana Singapura akan menangani kesan COVID-19 ke atas jagaan kesihatan dan ekonomi negara, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (23 Ogos). Pada hari-hari seterusnya, pelbagai kementerian akan membentangkan rancangan mengenai bagaimana setiap kementerian akan menyokong agenda itu dan para Anggota Parlimen (AP) juga akan membahaskan Ucapan Presiden.

Parlimen baru akan bersidang di Bangunan Parlimen dan Arts House - kali pertama ia diadakan di lebih daripada satu lokasi sebagai sebahagian daripada langkah jarak selamat yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Para AP akan mengangkat sumpah dari lokasi masing-masing, dan sidang pertama Parlimen ke-14 akan disiarkan secara langsung daripada setiap lokasi.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan