Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah, PM Lee tunai tanggungjawab mengundi

Presiden Halimah Yacob mengundi di Sekolah Tinggi Chung Cheng.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jul 2020 05:57PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 10:28PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob mengundi di Sekolah Tinggi Chung Cheng.

Beliau dan suami datang mengundi sekitar pukul 9.00 pagi untuk memilih Anggota Parlimen bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Mountbatten.

Dua calonnya, Lim Biow Chuan dari PAP dan Sivakumaran Chellappa dari parti Suara Rakyat (PV).

Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengundi di Sekolah Rendah Alexandra.

Beliau yang juga Ketua Parti Tindakan Rakyat (PAP) tiba di pusat mengundi bersama isterinya, Cik Ho Ching.

Beliau turut beratur sebelum memasuki pekarangan sekolah itu.

PM Lee menambah bahawa langkah-langkah keselamatan semasa proses mengundi adalah praktikal.

Ketika ditanya apa yang akan dilakukannya selepas mengundi, PM Lee menjawab beliau "bersantai" sambil menunggu malam ini. 

Sumber : CNA/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan