Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Polis awasi keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada Hari Penamaan Calon

Polis akan memantau "keadaan yang oleh mengganggu   ketenteraman awam" pada Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang. Ini menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (29 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis awasi keadaan yang boleh mengganggu ketenteraman awam pada Hari Penamaan Calon

(Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 11:27PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 11:31PM

SINGAPURA: Polis akan memantau "keadaan yang oleh mengganggu ketenteraman awam" pada Hari Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang. Ini menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Isnin (29 Jun).

Polis "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang tidak terkawal atau melakukan sebarang kesalahan," menurut SPF dalam satu catatan Facebook.

Prosiding pencalonan akan bermula dari jam 11.00 pagi pada Selasa (30 Jun), dengan bakal calon menyerahkan kertas pencalonan mereka di sembilan pusat penamaan calon. Senarai calon yang disahkan akan dikeluarkan sekitar tengah hari.

SPF menyatakan calon dan pasukan mereka (pencadang, penyokong, penjamin dan seorang lagi) diingatkan supaya datang lebih awal. Ia juga menarik perhatian bahawa meletak kenderaan tidak dibenarkan di pusat penamaan calon.

Hanya calon dan pasukan mereka serta kakitangan media bertauliah boleh memasuki pusat penamaan calon di mana mereka harus mematuhi langkah jarak selamat dan pengurusan selamat COVID-19.

Ini termasuk memeriksa suhu badan, mendaftar masuk bagi SafeEntry bagi tujuan pengesanan kontak dan memakai pelitup pada setiap masa.

Calon yang tidak sihat, bersama-sama dengan pasukan mereka, akan diproses di kawasan berasingan.

"Memandangkan perhimpunan besar-besaran tidak dibenarkan di bawah garis panduan MOH sekarang, penyokong serta orang ramai tidak akan dibenarkan masuk, tidak boleh berkumpul atau berlegar-legar di sekitar pusat penamaan calon," menurut polis.

"Kakitangan keselamatan dikerahkan untuk menasihatkan individu seumpama itu untuk meninggalkan kawasan tersebut."

Orang ramai bole mengikuti prosiding di pusat penamaan calon secara langsung di TV nasional dan wadah-wadah online.

SPF juga menekankan bahawa menganjurkan atau mengambil bahagian dalam perhimpunan mahupun perarakan awam tanpa permit polis adalah salah di sisi undang-undang.

"Polis akan meningkatkan pengerahan dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di dan sekitar pusat penamaan calon.

Polis menambah orang ramai tidak dibenar menerbangkan mana-mana kenderaan tanpa pemandu atau dron ke dalam atau sekitar pusat penamaan calon "kerana ini boleh membahayakan keselamatan awam". 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan