Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Lee umumkan pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (29 Jun) mengumumkan barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di GRC Ang Mo Kio dalam Pilihan Raya Umum akan datang. Dua calon baru PAP, Cik Nadia Samdin dan Cik Ng Ling Ling akan bertanding di situ.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee umumkan pasukan PAP di GRC Ang Mo Kio

Barisan calon PAP diumumkan dalam sidang online pada 29 Jun (Petikan skrin: Facebook/PAP)

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (29 Jun) mengumumkan barisan calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di GRC Ang Mo Kio dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Dua calon baru akan menyertai pasukan lima anggota yang diterajui Encik Lee di kawasan undi tersebut.

Mereka ialah peguam dan aktivis masyarakat, Cik Nadia Samdin, 30 tahun, dan mantan kakitangan perkhidmatan awam, Cik Ng Ling Ling, 48 tahun.

Tiga anggota pasukan GRC Ang Mo Kio pada 2015 tidak disertakan dalam barisan kali ini. Mereka ialah para anggota parlimen Dr Intan Azura Mokhtar dan penolong ketua pengarah NTUC Encik Ang Hin Kee serta Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan, Dr Koh Poh Koon.

Encik Lee berkata, parti itu akan mengumumkan rancangan bagi ketiga-tiganya kelak.

Dua anggota lain dalam pasukan GRC Ang Mo Kio bagi pilihan raya kali ini ialah anggota-angota parlimen sedia ada, Encik Darryl David dan Encik Gan Thiam Poh. 

GRC Ang Mo Kio dikecilkan daripada enam anggota kepada lima anggota bagi Pilihan Raya Umum kali ini.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan