Skip to main content

Iklan

Iklan

Pilihan raya ini menunjukkan perpaduan pembangkang - Kenneth Jeyaretnam

Setiausaha Agung Parti Reform (RP) Kenneth Jeyaretnam berkata pilihan raya kali ini membuktikan bahawa parti-parti pembangkang boleh bekerjasama.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2020 06:02PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 08:43PM

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Reform (RP) Kenneth Jeyaretnam berkata pilihan raya kali ini membuktikan bahawa parti-parti pembangkang boleh bekerjasama.

Parti itu hanya bertanding di GRC Ang Mo Kio selepas menarik diri daripada GRC West Coast bagi mengelak persaingan berbilang penjuru.

Semasa lawatannya ke Pusat Makanan dan Pasar Teck Ghee Square untuk mengucapkan terima kasih kepada para penduduk, Encik Jeyaretnam turut berkongsi rancangan RP selanjutnya.

"Kami juga sedang menubuhkan kumpulan-kumpulan fokus di seluruh negara untuk memberi tumpuan kepada manifesto dan dasar-dasar kami khususnya manifesto mesra alam dan kesaksamaan jantina, hak-hak wanita dan sebagainya," kata Encik Jeyaretnam. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan