Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penyata perbelanjaan pilihan raya dibuka untuk pemeriksaan mulai 21 Ogos

Penyata perbelanjaan pilihan raya calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2020 sedia untuk pemeriksaan dari Jumaat (21 Ogos) hingga 20 Feb 2021, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Khamis (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Penyata perbelanjaan pilihan raya dibuka untuk pemeriksaan mulai 21 Ogos

Pengundian semasa Pilihan Raya Umum S'pura, 10 Jul 2020 (Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 06:10PM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 06:14PM

SINGAPURA: Penyata perbelanjaan pilihan raya calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2020 sedia untuk pemeriksaan dari Jumaat (21 Ogos) hingga 20 Feb 2021, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Khamis (20 Ogos).

Di bawah Akta Pilihan Raya Parlimen, ejen pilihan raya bagi semua calon yang bertanding dalam sebuah pilihan raya mesti menghantar perisytiharan dan laporan perbelanjaan pilihan raya kepada Pegawai Pilihan Raya dalam masa 31 hari selepas keputusan pilihan raya diterbitkan dalam Warta Pemerintah.

"Penyata itu perlu bagi memastikan kebertanggungjawapan dan ketelusan dalam pembiayaan kempen para calon," menurut ELD dalam satu kenyataan media.

Penyata itu akan sedia untuk pemeriksaan di ELD selama enam bulan, dan bayaran yuran S$2 dikenakan untuk pemeriksaan.

Tempoh berkempen bermula pada Hari Penamaan Calon pada 30 Jun dan berlangsung selama sembilan hari hingga 8 Julai, sebelum Hari Bertenang pada 9 Julai. Kesemua 93 kerusi ditandingi oleh 191 calon daripada 11 parti politik dan seorang calon bebas.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang 61.24 peratus undi dan meraih 83 kerusi. Lagi 10 kerusi dimenangi oleh Parti Pekerja (WP) yang turut menang di dua Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC).

Menurut ELD, jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan oleh seorang calon untuk perbelanjaan pilihan raya bergantung pada jumlah pengundi di setiap kawasan undi.

Bagi kawasan undi perseorangan (SMC), jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan oleh seorang calon dihadkan pada S$4 bagi setiap pengundi di daerah kawasan undi itu.

Bagi GRC, jumlah itu dihadkan pada S$4 bagi setiap pengundi dalam daerah kawasan undi itu, dibahagikan jumlah calon dalam kumpulan itu.

Perbelanjaan pilihan raya boleh dibuat sebelum, semasa atau selepas pilihan raya.

Perbelanjaan pilihan raya oleh seorang calon boleh dibayar oleh parti politik calon itu, atau seorang pegawai sah bagi parti tersebut, selaras dengan kelulusan daripada ejen pilihan raya calon tersebut.

Seorang ejen pilihan raya bagi mana-mana calon yang bertanding sebagai sebahagian dari kumpulan yang bersaing di sebuah GRC boleh memberi kelulusan dalam bentuk tulisan, kepada sebarang ejen pilihan raya calon lain dalam kumpulan yang sama untuk mewakilinya sebagai subejen bagi melakukan perbelanjaan pilihan raya.

Sebarang perbelanjaan yang dibayar oleh parti politik dan subejen GRC harus dinyatakan dalam laporan perbelanjaan pilihan raya calon tersebut, menurut ELD di laman webnya.

Mereka yang ingin memeriksa penyata itu diminta untuk membuat temu janji bersama ELD sekurang-kurangnya sehari lebih awal menerusi e-mel ke joyce_kow [at] eld.gov.sg dan ng_hui_peng [at] eld.gov.sg.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan