Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengundi di GRC baru Sengkang ghairah dapat tentukan wakil mereka di Parlimen

Salah satu kawasan undi yang menjadi tumpuan utama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini adalah GRC Sengkang yang juga merupakan sebuah kawasan undi baru.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Salah satu kawasan undi yang menjadi tumpuan utama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini adalah GRC Sengkang yang juga merupakan sebuah kawasan undi baru.

Terdapat lebih 120,000 pengundi berdaftar di sini dan antara mereka yang datang beramai-ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka termasuklah keluarga tiga generasi Encik Mohd Salleh.

Beliau datang ke pusat mengundi yang terletak di kawasan Anchorvale bersama isteri, ibu serta tiga orang anak mereka.

Keluarga Encik Mohd Salleh sudah tinggal di estet ini selama 15 tahun dan sedar bahawa pilihan mereka akan menentukan wajah estet mereka untuk lima tahun mendatang.

Bagi tiga anaknya, tanggungjawab ini dirasakan lebih bersejarah kerana semuanya adalah pengundi kali pertama.

"Saya telah mengikut beberapa hari ini setelah mereka memberikan pengucapan masing-masing dan saya ghairah kali ini untuk memberi undi saya," kata anak keduanya.

Anak sulung Encik Salleh pula berkata: "Saya harapkan yang terbaik kepada parti yang menang kerana untuk saya pengundi muda seperti saya, kita mengharapkan pembaharuan dan juga kemajuan bagi kawasan Sengkang dan juga untuk negara kita."

"Apa yang penting, manifesto, apa yang dijanjikan apabila siapa juga parti yang menang dikotakan dan juga undinya adalah penting kerana untuk kepentingan semua yang tinggal di Sengkang ini," kata Encik Salleh.

Pengundi Sengkang perlu memilih antara Parti Tindakan Rakyat ataupun Parti Pekerja.

Semua prosedur mengundi berjalan dengan teratur dengan pengundi mengamalkan langkah jaga jarak selamat.

Selain GRC Sengkang, tiga lagi kawasan undi baru dalam pilihan raya kali ini ialah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Punggol West, Marymount, Yio Chu Kang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan