Skip to main content

Iklan

Iklan

Pengundi beri mesej jelas dalam GE2020, masa untuk 'muhasabah diri': Shanmugam

Pengundi memberi "mesej yang jelas" apabila memilih untuk memberi undi mereka kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pengundi beri mesej jelas dalam GE2020, masa untuk 'muhasabah diri': Shanmugam

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal dalam Negeri K Shanmugam. (Gambar: Zhaki Abdullah)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 12:22AM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 12:27AM

SINGAPURA: Pengundi memberi "mesej yang jelas" apabila memilih untuk memberi undi mereka kepada pembangkang dalam Pilihan Raya Umum tahun ini. Oleh yang demikian, Parti Tindakan Rakyat harus berusaha untuk memahaminya,kata Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal dalam Negeri K Shanmugam pada Sabtu (11 Jul).

Encik Shanmugam yang memimpin pasukan lima anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk mencapai kejayaan di GRC Nee Soon berkata parti itu akan "mengkaji dengan teliti" keputusan itu, seperti mana lazim dilakukannya.

"Hal pertama yang harus anda lakukan adalah mendapatkan fakta, faham sebab-sebab dan apa yang perlu kita lakukan," katanya, semasa bercakap kepada media di cawangan PAP di Chong Pang, sebelum melakukan lawatan bertemu penduduk bersama anggota kumpulannya untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk atas sokongan mereka.

"Namun dalam semua perkara ini terdapat mesej jelas yang disampaikan pengundi, dan adalah satu kesilapan jika kita tidak memahami mesej-mesej tersebut," tambahnya.

"Saya rasa ia perlu kita menilai dan muhasabah diri".

PAP meraih 61.24 peratus undi bagi Pilihan Raya Umum tahun ini, kurang daripada 69.9 peratus ketika pilihan raya 2015.

Selain menyaksikan undi popular merosot, PAP juga hilang empat lagi kerusi kepada pembangkang apabila Parti Pekerja (WP) menang di GRC Sengkang dengan mengumpul 52.13 peratus undi di sana.

Ditanya sama ada keputusan itu menunjukkan kemahuan pengundi bagi suara alternatif, Encik Shanmugam menarik perhatian bahawa sudah ada "keinginan besar daripada rakyat" untuk dua perkara - PAP yang membentuk pemerintah dan kehadiran pembangkang di Parlimen.

Apa yang berlaku di Sengkang "bukan sesuatu yang mengejutkan", kata Encik Shanmugam, meskipun beliau menarik perhatian bahawa kehilangan ketua gerakan buruh Ng Chee Meng - yang mengetuai pasukan PAP di Sengkang - akan menyebabkan "kesan yang besar".

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan