GE2020

Images
  • reform parti
    Seorang lelaki membaca risalah Parti Reform di pusat penjaja di Ang Mo Kio pada 27 Jun 2020. (Gambar: Christy Yip)

Parti Reform lakukan lawatan, agih risalah manifesto di Serangoon North

SINGAPURA: Para anggota Parti Reform mengagihkan risalah manifesto parti kepada para penduduk di Serangoon North hari ini (29 Jun).

Serangoon North berada di dalam kawasan GRC Ang Mo Kio.

Parti Reform mahu bertanding di GRC itu serta dua SMC, Yio Chu Kang dan Radin Mas pada pilihan raya umum tahun ini.

Parti Reform pada Jumaat (26 Jun) melancarkan manifestonya bagi Pilihan Raya Umum 2020, tertumpu kepada membina sebuah "masyarakat lebih baik dan adil bagi rakyat Singapura".

Manifesto itu membentangkan beberapa cadangan dasar termasuk menggantung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk tahun ini dan 2021 diikuti dengan satu semakan untuk menggugurkan GST bagi sesetengah kategori perbelanjaan penting seperti makanan, api air serta ubat-ubatan.

Ia juga mengusulkan diadakan bayaran faedah pengangguran sehingga enam bulan, berdasarkan 75 peratus jumlah gaji terakhir diterima, tidak melebihi S$2,500 sebulan.

Kementerian Kesihatan (MOH) pada hari Khamis (25 Jun) menegaskan ketua RP Kenneth Jeyaretnam harus menjalani notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari sama seperti semua rakyat Singapura yang pulang dari United Kingdom.

Encik Jeyaratnam, 61 tahun, yang baru sahaja pulang dari Britain, meminta pengecualian daripada notis SHN yang dikeluarkan kepadanya.

Menurut MOH, Encik Jeyaretnam dibenarkan memberi kuasa kepada seorang wakil untuk menghantar kertas pencalonannya pada 30 Jun untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp 

- CNA/NF/ha

Top