Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP pertahan GRC Jalan Besar dengan 65.37% undi, atasi Parti Suara Rakyat

Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan GRC Jalan Besar dengan meraih 65.37 peratus undi, mengatasi Parti Suara Rakyat, yang memperolehi 34.63 peratus undi.

Anggaran Waktu Membaca:
PAP pertahan GRC Jalan Besar dengan 65.37% undi, atasi Parti Suara Rakyat

(Gambar: Marcus Ramos)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 02:53AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 02:58AM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) berjaya mempertahankan GRC Jalan Besar dengan meraih 65.37 peratus undi, mengatasi Parti Suara Rakyat, yang memperolehi 34.63 peratus undi.

Pasukan empat anggota PAP, yang dipimpin Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo, turut dianggotai Menteri Negara Kanan (Pertahanan) Heng Chee How, Cik Denise Phua dan calon baru Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Dengan kemenangan itu, Cik Teo menjadi menteri wanita pertama yang memimpin sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC).

Beliau berpindah dari GRC Bishan-Toa Payoh, di mana beliau berkhidmat sejak 2006, untuk menggantikan mantan menteri Dr Yaacob Ibrahim. Cik Teo mengambil alih kawasan Kreta Ayer-Kim Seng dari Dr Lily Neo, yang berkhidmat selama lima penggal.

Pasukan PV terdiri daripada ketua parti Lim Tean, Encik Leong Sze Hian, Encik Azlan Sulaiman dan Encik Michael Fang.

Encik Lim sebelum ini berkata bahawa pasukannya telah membuat kunjungan ke mengenali penduduk kawasan undi itu sejak Februari tahun lalu.

Pasukan PAP semasa berkempen berikrar akan terus membaharui kawasan undi itu, manakala PV mempersoalkan dasar imigresen dan cara Pemerintah menangani COVID-19.

Pada Pilihan Raya Umum 2015, pasukan PAP di Jalan Besar GRC mengalahkan Parti Pekerja dengan meraih 67.75 peratus undi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan