Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP menang tipis di GRC West Coast dengan 51.69% berdepan pasukan Tan Cheng Bock

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Encik S Iswaran mengalahkan Dr Tan Cheng Bock dan pasukannya dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) di GRC West Coast.

Anggaran Waktu Membaca:
PAP menang tipis di GRC West Coast dengan 51.69% berdepan pasukan Tan Cheng Bock

(Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 04:32AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 04:36AM

SINGAPURA: Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Encik S Iswaran mengalahkan Dr Tan Cheng Bock dan pasukannya dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) di GRC West Coast.

PAP mempertahankan lima kerusi GRC itu dengan meraih 51.69 peratus undi sah, manakala PSP mendapat 48.31 peratus undi.

Encik Iswaran, yang merupakan Menteri Perhubungan dan Penerangan, memimpin pasukannya yang terdiri daripada Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee, Cik Foo Mee Har, Encik Ang Wei Neng dan muka baru Cik Rachel Ong.

Encik Lee dan Encik Ang sebelum ini merupakan AP Jurong GRC.

Para pemerhati menjangkakan pertarungan sengit di West Coast, dengan Dr Tan, seorang mantan AP PAP, kembali bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini setelah mengasaskan PSP.

Dr Tan, menjadi anggota parlimen kawasan undi Ayer Rajah selama 26 tahun, yang kini sebahagian GRC West Coast.

Pasukan yang dipimpinnya di GRC West Coast terdiri daripada Encik Jeffrey Khoo, Cik Hazel Poa, Encik Leong Mun Wai dan Encik Nadarajah Loganathan.

Semasa berkempen, Encik Iswaran berkata adalah "salah" untuk melihat persaingan kali ini sebagai antara dua menteri melawan Dr Tan, dengan mengatakan "ini bukan perihal individu tertentu".

Sebaliknya, ia adalah tentang apa yang ditawarkan oleh kedua belah pihak, katanya.

Dari segi sejarah, GRC West Coast adalah kubu kuat PAP. Pada 2015, PAP menang 78.75 peratus undi menentang Parti Reform, menjadikannya salah satu pasukan dengan prestasi terbaik parti memerintah.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan