Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PAP letak muka baru lawan PSP bagi SMC baru di Yio Chu Kang

SMC Yio Chu Kang yang baru sahaja dibentuk, bakal menyaksikan pertarungan antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Anggaran Waktu Membaca:
PAP letak muka baru lawan PSP bagi SMC baru di Yio Chu Kang

SMC Yio Chu Kang bakal ditandingi PAP dan PSP. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 04:51PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 04:59PM

SINGAPURA: SMC Yio Chu Kang yang baru sahaja dibentuk, bakal menyaksikan pertarungan antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Selepas borang pencalonan diserahkan di Sekolah Menengah Deyi hari ini (30 Jun), Yip Hon Weng dari PAP disahkan akan menentang Kayla Low dari PSP bagi merebut kawasan undi baru itu.

Encik Yip, 43 tahun, adalah muka baru PAP. Mantan penjawat awam itu sebelum ini berkhidmat sebagai ketua kumpulan Pejabat Generasi Warga Emas di Agensi Penjagaan Bersepadu.

Cik Low pula seorang akauntan berkanun dan pernah menjadi pegawai penjara. Wakil PSP berusia 43 tahun itu juga melakukan kerja-kerja sukarelawan untuk membantu warga emas dan keluarga berpendapatan rendah.

Dalam ucapan beliau selepas calon disahkan, Encik Yip berikrar akan melakukan yang terbaik untuk penduduk Yio Chu Kang.

"Saya akan mendengar keperluan dan keprihatinan anda," kata Encik Yip.

"Saya akan berganding bahu bersama anda untuk membina Yio Chu Kang menjadi tempat yang boleh anda banggakan, tempat tinggal di mana kita boleh membesarkan anak-anak kita. Tolong undi saya dan saya tidak sabar untuk berjumpa anda semua," tambah beliau.

Sementara itu, Cik Low dalam ucapannya berkata beliau menanti-nantikan masa untuk berkhidmat kepada Singapura dan penduduknya.

"Saya yakin saya boleh berkhidmat untuk penduduk Yio Chu Kang jika menang," kata Cik Low.

"Dengan bimbingan Dr Tan Cheng Bock (setiausaha agung PSP), dan para relawan PSP, saya bersedia menyahut cabaran ini," katanya lagi.

SMC Yio Chu Kang sebelum ini membentuk sebahagian daripada GRC Ang Mo Kio. Pada 2015, PAP menang 78.6 peratus undi di GRC Ang Mo Kio. Lawannya ketika itu adalah Parti Reform.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan