Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Nicole Seah, Muhammad Azhar Abdul Latip antara 4 bakal calon Parti Pekerja bagi GE2020

Parti Pekerja (WP) secara rasminya mengumumkan barisan pertama bakal calonnya bagi Pilihan Raya Umum 2020 pada Khamis (25 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Nicole Seah, Muhammad Azhar Abdul Latip antara 4 bakal calon Parti Pekerja bagi GE2020

Para calon Parti Pekerja bagi GE2020 (ikut putaran jam dari atas, kiri) Nicole Seah, Louis Chua Kheng Wee, Muhammad Azhar Abdul Latip dan Yee Jenn Jong.

Diterbitkan : 25 Jun 2020 09:06PM Dikemas Kini : 25 Jun 2020 09:11PM

SINGAPORE: Parti Pekerja (WP) secara rasminya mengumumkan barisan pertama bakal calonnya bagi Pilihan Raya Umum 2020 pada Khamis (25 Jun).

Mereka adalah pengarah bersekutu pengiklanan Nicole Seah, penganalisis pelaburan Louis Chua Kheng Wee, Encik Muhammad Azhar Abdul Latip yang bekerja sendiri dan bekas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Yee Jenn Jong.

Encik Chua dan Encik Muhammad Azhar adalah calon-calon baru dalam pilihan raya. Encik Yee sebelum ini adalah calon WP dalam dua Pilihan Raya Umum yang lalu manakala Cik Seah pula pernah bertanding pada 2011.

Ketua WP Pritam Singh, yang memperkenalkan barisan calon itu bersama-sama dengan pengerusi parti, Sylvia Lim, tidak mendedahkan di mana calon-calon baru itu akan bertanding.

“Di mana mereka akan bertanding akan diumumkan pada hari-hari mendatang," kata beliau. "Di setiap pilihan raya, kami bersaing hebat dan berusaha untuk meyakinkan rakyat Singapura supaya memberikan undi mereka kepada WP... Pilihan Raya Umum kali ini amat sukar seperti telah saya katakan tetapi sesuatu yang saya nantikan."

Encik Singh mengumumkan WP akan bertanding di dua Kawasan Undi Perseorangan (SMC) dan empat Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) bagi merebut 21 kerusi dalam Parlimen. Kawasan-kawasan undi itu adalah SMC Hougang dan Punggol West serta GRC Aljunied, East Coast, Marine Parade dan Sengkang.

Encik Singh juga berkata tokoh veteran parti itu Low Thia Khiang, mantan AP Hougang Png Eng Huat dan mantan AP Aljunied Chen Show Mao tidak akan bertanding dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya Encik Dennis Tan akan mengambil alih tempat Encik Png untuk bertanding di kubu kuat WP di Hougang manakala Encik Leon Perera dan Encik Gerald Giam pula akan berpindah ke Aljunied.

Pada Pilihan Raya Umum 2015, WP meletakkan 28 calon termasuk 16 muka baru di lima GRC dan lima SMC. Ia berjaya mempertahankan GRC Aljunied dan SMC Hougang SMC tetapi tewas kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di SMC Punggol East. SMC Punggol East itu kini diserap menjadi sebahagian daripada GRC Sengkang.

LOUIS CHUA KHENG WEE

Anggota Parti Pekerja Louis Chua Kheng berucap pada 25 Jun 2020. 

Encik Chua Kheng Wee, 33 tahun, adalah seorang penganalisis kajian di Credit Suisse AG iaitu bank pelaburan sejagat.

Beliau berkata kerjanya melibatkan menganalisis syarikat dan mengesyorkannya kepada pelabur. Ini memerlukan "keupayaan untuk mempersoal keputusan perniagaan" dan membuat "keputusan objektif sama ada kebajikan semua pihak berkepentingan dipelihara".

"Untuk membina masyarakat yang lebih berdaya tahan, kita perlu menyedari bahawa perbezaan pendapat tidak hanya harus diterima tetapi sebenarnya harus digalak, ”katanya.

Encik Chua sudah berumah tangga dan mempunyai bayi lelaki berusia sembilan bulan.

MUHAMMAD AZHAR ABDUL LATIP

Anggota Parti Pekerja Muhammad Azhar Abdul Latip berucap pada 25 Jun 2020. 

Encik Muhammad Azhar Abdul Latip, 34 tahun, adalah lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam bidang Sains Politik. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang insurans marin namun ini terhenti apabila beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya.

“Beberapa tahun selepas saya bekerja, saya terlibat dalam kemalangan trafik jalan raya yang hampir meragut nyawa saya. Saya kehilangan kaki kiri saya," katanya.

Encik Muhammad Azhar berkata beliau mula bergiat di GRC Aljunied bahagian Kaki Bukit, dengan membantu mengagihkan makanan dan mendampingi masyarakat,
"Saya ingin melihat sebuat masyarakat yang lebih adil dan saksama di mana golongan minoriti tidak didiskriminasi serta setiap orang mempunyai peluang dalam kehidupan," ujarnya.

NICOLE SEAH

Anggota Parti Pekerja Nicole Seah berucap pada 25 Jun 2020. 

Cik Nicole Seah, 33 tahun, adalah pengarah bersekutu di sebuah syarikat pemasaran berbilang negara. Beliau sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Cik Seah pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2011 di bawah Parti Perpaduan Nasional .

Pasukannya di GRC Marine Parade kalah kepada pasukan PAP yang ketika itu dipimpin oleh Menteri Kanan Goh Chok Tong. NSP memperoleh 43.4 peratus undi.

Cik Seah mula menjadi sukarelawan WP selepas pilihan raya 2015 dan sejak itu dilihat aktif di GRC East Coast.

YEE JENN JONG

Anggota Parti Pekerja Yee Jeen Jong berucap pada 25 Jun 2020. 

WP juga memperkenalkan Encik Yee, 55 tahun, seorang usahawan pendidikan yang bukannya baru dalam arena politik mahpun parti itu.

Encik Yee sebelum ini memimpin pasukan WP di GRC Marine Parade pada 2015, tetapi kalah dengan memperoleh 35.93 peratus undi. Beliau tewas di SMC Joo Chiat pada pilihan raya 2011 dan merupakan NCMP di Parlimen ke-12. SMC Joo Chiat menjadi sebahagian daripada GRC Marine Parade pada GE2015. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan