Masa untuk tangani COVID-19, cabaran mendesak lain: PM Lee
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum, pemerintah kini boleh kembali menangani COVID-19 dan cabaran-cabaran mendesak yang lain.
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum, pemerintah kini boleh kembali menangani COVID-19 dan cabaran-cabaran mendesak yang lain.
Menulis di Facebook pada Isnin (13 Jul), PM Lee berkata pemerintah memantau dengan teliti jumlah kes COVID-19 di negara ini.
Dalam catatannya itu beliau turut menulis tentang berita baik di tengah-tengah pandemik ini iaitu panggung-panggung wayang dibuka semula hari ini.
"Ada berita baik - pawagam dibuka semula mulai hari ini, dengan pelbagai langkah pengurusan selamat dilaksanakan seperti jarak selamat, pengesanan kontak dan imbasan suhu badan," tulis beliau.
PM Lee mengakhiri catatannya dengan mengajak rakyat Singapura supaya terus tetap berwaspada dan bersatu dalam mengharungi pandemik ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.