Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mantan AP GRC Nee Soon Lee Bee Wah umum bersara dari politik

Cik Lee Bee Wah yang mewakili Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Nee Soon akan bersara dari politik. Beliau mengumumkan demikian pada Isnin (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan AP GRC Nee Soon Lee Bee Wah umum bersara dari politik

(Gambar: Facebook/Lee Bee Wah)

Diterbitkan : 29 Jun 2020 06:37PM Dikemas Kini : 29 Jun 2020 06:40PM

SINGAPURA: Cik Lee Bee Wah yang mewakili Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Nee Soon akan bersara dari politik. Beliau mengumumkan demikian pada Isnin (29 Jun).

"Saya tidak akan bertanding kali ini dan akan bersara dari politik. Sebagai sebahagian daripada proses pembaharuan parti, saya gembira bahawa calon lebih muda diletakkan di sini," kata Cik Lee yang berusia 59 tahun dalam satu catatan Facebook.

"Saya menerima banyak mesej kata-kata sokongan daripada rakyat Singapura. Saya sangat tersentuh. Saya rasa begitu istimewa dapat berkhidmat bagi anda semua selama 14 tahun. Anda semua sudah menjadi keluarga saya. Saya akan merindui anda semua."

Menurutnya Cik Lee, beliau kini dapat meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga, termasuk ibunya yang berusia 80 tahun.

Pilihan Raya Umum yang ke-13 berlangsung pada 10 Julai, dengan Hari Penamaan Calon diadakan pada 30 Jun.

Anggota Parlimen yang berkhidmat selama tiga penggal itu mewakili GRC Ang Mo Kio dari 2006 hingga 2011, kemudian beralih untuk bertanding di Nee Soon pada pilihan raya 2011 dan 2015.

Beliau amat dikenali kerana lantang bersuara mengemukakan keprihatinan penduduk di kawasan undinya dalam sesi di Parlimen.

Pasukan PAP bagi GRC Nee Soon akan terus dipimpin oleh Menteri Ehwal dalam Negeri dan Undang-Undang K Shanmugam, katanya. Selain daripada Cik Lee dan Encik Shanmugan, bekas AP GRC Nee Soon lain termasuk Encik Louis Ng, Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Encik Henry Kwek.

Cik Lee berkata bakal calon baru PAP - Carrie Tan - akan mengambil alih tempatnya. Cik Tan, 38 tahun, merupakan pengasas Daughters of Tomorrow, sebuah perusahaan sosial yang memberi bantuan kepada golongan wanita yang kurang bernasib baik di Singapura.

Cik Lee juga memuat naik beberapa keping gambar beliau dan seorang lagi bakal calon baru - Encik Yip Hon Weng ketika melakukan lawatan ke pasar di kawasan undinya.

Bagi Pilihan Raya Umum 2020, Encik Kwek akan bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) yang baru iaitu Kebun Baru.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan