Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Liputan langsung GE2020: Hari Penamaan Calon 30 Jun

Hari Penamaan Calon berlangsung hari ini (30 Jun) di mana para penduduk Singapura akan mengetahui siapa yang akan bertanding di kawasan undi mereka. Kawasan undi mana yang akan menyaksikan persaingan sengit dalam Pilihan Raya Umum kali ini juga akan menjadi lebih jelas.

Anggaran Waktu Membaca:
Liputan langsung GE2020: Hari Penamaan Calon 30 Jun

Para calon Pilihan Raya 2020 di Pusat-Pusat Penamaan Calon. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 10:42AM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 11:20AM

SINGAPURA: Hari Penamaan Calon berlangsung hari ini (30 Jun) di mana para penduduk Singapura akan mengetahui siapa yang akan bertanding di kawasan undi mereka. Kawasan undi mana yang akan menyaksikan persaingan sengit dalam Pilihan Raya Umum kali ini juga akan menjadi lebih jelas.

Semua bakal calon harus menyerahkan borang pencalonan mereka di salah satu daripada sembilan sekolah yang ditetapkan sebagai Pusat Penamaan Calon. Ini harus dilakukan sebelum tengah hari.

Borang-borang harus ditandatangani bakal calon - atau kumpulan calon bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) - bersama dengan seorang pencadang, seorang penyokong dan sekurang-kurangnya empat penjamin.

Dengan GE2020 berlangsung di tengah-tengah pandemik COVID-19, para penyokong bagaimanapun tidak dibenarkan masuk di pusat-pusat penamaan calon tahun ini. Pegawai Pilihan Raya hanya membolehkan para calon, pencadang dan pihak media memasuki pusat-pusat penamaan calon, di mana mereka harus mematuhi langkah-langkah jarak selamat.

Selepas permohonan ditutup pada sekitar 12.30 tengah hari nanti, para calon akan menyampaikan ucapan terima kasih mereka. Semua ini akan disiarkan secara langsung di TV dan wadah-wadah online.

Anda juga boleh menyaksikannya di sini:  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan