Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Liang Eng Hwa dari PAP menang kerusi Bukit Panjang dengan 53.74% undi, kalahkan pengerusi SDP Paul Tambyah

Encik Liang Eng Hwa dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalahkan Dr Paul Tambyah dari Parti Demokratik Singapura (SDP) bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Panjang.

Anggaran Waktu Membaca:
Liang Eng Hwa dari PAP menang kerusi Bukit Panjang dengan 53.74% undi, kalahkan pengerusi SDP Paul Tambyah

Encik Liang Eng Hwa dari PAP (Gambar: Ruth Smalley)

Diterbitkan : 11 Jul 2020 02:12AM Dikemas Kini : 11 Jul 2020 02:19AM

SINGAPURA: Encik Liang Eng Hwa dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengalahkan Dr Paul Tambyah dari Parti Demokratik Singapura (SDP) bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Panjang.

Encik Liang memperoleh 53.74 peratus undi, mengatasi pengerusi SDP yang meraih 46.26 peratus undi.

Encik Liang dipindahkan dari GRC Holland-Bukit Timah bagi pilihan raya kali ini, menggantikan mantan anggota Parlimen Teo Ho Pin yang bersara yang sebelum ini mewakili Bukit Panjang sejak 2006 setelah ia dikeluarkan dari GRC Holland-Bukit Timah.

Semasa berkempen, Encik Liang berkata tumpuannya adalah untuk mendampingi penduduk dan mendengar keprihatinan mereka secara langsung.

Lawannya Dr Tambyah, seorang pakar penyakit berjangkit, juga bertanding di kawasan undi itu buat pertama kalinya. Ia merupakan satu langkah mengejut kerana beliau sebelum itu dijangka memimpin pasukan SDP di GRC Holland-Bukit Timah, setelah bertanding di sana pada 2015.

PAP memenangi tiga pilihan raya berturut-turut di Bukit Panjang, dengan memperoleh 68.4 peratus suara pada 2015 berbanding 31.6 peratus bagi SDP.

Sempadan pilihan raya SMC Bukit Panjang tidak berubah dari pilihan raya lalu. Terdapat 35,497 pengundi layak di kawasan tersebut.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan