Skip to main content

Iklan

Iklan

Landskap politik akan berubah dengan pelantikan Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang - Tan Cheng Bock

Ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock berkunjung ke GRC West Coast pagi tadi (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jul 2020 07:12PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 08:46PM

SINGAPURA: Ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock berkunjung ke GRC West Coast pagi tadi (12 Jul).

Bercakap kepada media kemudiannya, Dr Tan berkata langkah pemerintah untuk melantik secara rasmi Setiausaha Agung Parti Pekerja (WP) Encik Pritam Singh sebagai Ketua Pembangkang akan merubah landskap politik negara.

PSP menaruhkan 24 calon bagi Pilihan Raya Umum 2020 iaitu jumlah calon pembangkang paling banyak.

Namun, parti itu tidak berjaya mendapatkan sebarang kerusi di Parlimen.

WP kekal sebagai satu-satunya pembangkang di Parlimen.

PM Lee berkata bahawa Encik Pritam akan diberikan peranan ketua pembangkang selepas WP berjaya memenangi 10 kerusi di Parlimen.

"Saya rasa ia satu perkara bagus dan mereka perlu memberikan ketua pembangkang sedikit pengaruh. Sekarang dengan 10 kerusi dan mungkin lagi dua daripada NCMP, saya rasa jumlah itu agak sesuai untuk memulakan proses mempunyai ketua pembangkang. Saya rasa ia akan merubah politik secara keseluruhan," kata Dr Tan.

Beliau menambah PSP akan menyokong Encik Singh dan menyumbang pandangan mereka walaupun mungkin tidak sama dengan pendapat WP terhadap kesemua perkara, ia adalah sesuatu yang baik disebabkan kepelbagaian yang akan dibawa ke Parlimen.

Para anggota PSP akan bermesyuarat esok untuk membuat keputusan jika mereka akan mengambil dua kerusi NCMP kerana prestasi terbaik sebagai "pembangkang yang kalah".

Dalam pada itu, Dr Tan berkata PSP juga akan berbincang tentang prestasi parti berkenaan dalam GE2020.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan