Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

"Kita tidak boleh bersikap secara sambil lewa di East Coast di tengah masa tidak menentu," tegas DPM Heng

PAP tidak boleh bersikap secara sambil lewa terhadap isu penggantian pemimpin di GRC East Coast dalam 'keadaan yang tidak menentu seperti sekarang ini', tegas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Selasa (30 Jun), setelah beliau disahkan berpindah dari GRC Tampines ke GRC East Coast.

Anggaran Waktu Membaca:
"Kita tidak boleh bersikap secara sambil lewa di East Coast di tengah masa tidak menentu," tegas DPM Heng

Encik Heng Swee Keat ditemui di Tampines pada 28 Jun 2020 (Gambar: Hanidah Amin)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 10:40PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 10:50PM

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) tidak boleh bersikap secara sambil lewa terhadap isu penggantian pemimpin di GRC East Coast dalam 'keadaan yang tidak menentu seperti sekarang ini', tegas Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Selasa (30 Jun), setelah beliau disahkan berpindah dari GRC Tampines ke GRC East Coast.

Beliau akan menggantikan mantan Anggota Parlimen GRC East Coast, Lim Swee Say, yang bersara daripada Kabinet pada 2018 dan kini mengundurkan diri sebagai Anggota Parlimen.

"Kira-kira 18 bulan yang lalu, saya makan malam bersama dengan Swee Say," tulis Encik Heng di Facebook setelah pencalonannya disahkan. "Seperti biasa, beliau akan berbual panjang lebar tentang perkara-perkara yang dekat di hatinya. Terutama sekali keprihatinan dan harapannya bagi para penduduk East Coast, di mana beliau sudah berkhidmat sebagai AP sejak 2011."

Menurut Encik Lim, beliau sudah berbincang dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong sejurus selepas perbualan tersebut, kerana kedua-dua Encik Lim dan AP GRC East Coast Lee Yi Shyan akan mengundurkan diri dan ini akan mewujudkan jurang penggantian di East Coast.

"Persoalannya adalah: perlukah saya berpindah ke East Coast? Saya berfikir panjang dan secara mendalam tentang hal itu. Setelah berkhidmat selama hampir sedekad, Tampines dan penduduknya begitu dekat di hati saya," kata Encik Heng, yang sudah menjadi AP di GRC Tampines sejak 2011.

"Tampines mempunyai pasukan yang sangat baik," tambah Encik Heng. "Para AP saling bekerja rapat antara satu sama lain dan begitu juga dengan para penduduk. Sekiranya saya berpindah, penduduk Tampines akan tetap dijaga dengan baik. Saya yakin Masagos Zulkifli dan anggota pasukan yang lain dapat membawa Tampines ke peringkat yang lebih tinggi. Pengganti saya juga cukup hebat iaitu Koh Poh Koon. "

Dr Koh sudah berkhidmat sebagai AP di GRC Ang Mo Kio sejak 2015 setelah tewas kepada anggota WP Lee Li Lian pada pilihan raya kecil SMC Punggol East pada 2013.

"Sekiranya saya berpindah, saya dapat memainkan peranan di East Coast. Kami tidak mampu bersikap secara sambil lewa sewaktu masa yang tidak menentu ini," kata Encik Heng. "Kami memerlukan pasukan yang dapat menjaga penduduk dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang baik untuk keluar dari krisis ini lebih teguh daripada sebelumnya. Saya memberitahu PM, saya akan berpindah ke East Coast."

LAPORAN BERKAITAN:


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan