Skip to main content

Iklan

Iklan

Iklan Facebook New Naratif dipadam; dimuat naik tanpa izin calon, ejen pilihan raya

 Satu iklan yang dimuat naik ke laman Facebook oleh New Naratif sudah diturunkan kerana ia "tidak diluluskan oleh sebarang calon atau ejen pilihan raya untuk menjalankan aktiviti pilihan raya," menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (3 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Iklan Facebook New Naratif dipadam; dimuat naik tanpa izin calon, ejen pilihan raya

Petikan gambar laman Facebook New Naratif.

Diterbitkan : 03 Jul 2020 10:39PM Dikemas Kini : 03 Jul 2020 10:40PM

SINGAPURA: Satu iklan yang dimuat naik ke laman Facebook oleh New Naratif sudah diturunkan kerana ia "tidak diluluskan oleh sebarang calon atau ejen pilihan raya untuk menjalankan aktiviti pilihan raya," menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Jumaat (3 Jul).

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), sebagai penolong pegawai pilihan raya bagi Pilihan Raya Umum kali ini, mengeluarkan notis di Facebook untuk "memadamkan iklan pilihan raya Internet berbayar yang tidak diluluskan" yang diterbitkan di platformnya, menurut ELD.

Facebook sudahpun memadamkan iklan tersebut.

New Naratif memuat naik "iklan berbayar bersifat programatik" di platform media sosial itu yang terus diiklankan selepas 30 Jun, iaitu Hari Penamaan Calon, menurut jabatan tersebut.

"Iklan tersebut serupa dengan iklan pilihan raya," menurut ELD.

Dengan memuat naik iklan pilihan raya Internet berbayar, New Naratif "dianggap menjalankan aktiviti pilihan raya seperti yang dimaksudkan dalam Akta Pilihan Raya Parlimen".

Dalam kenyataannya, ELD turut mengingatkan orang ramai bahawa penerbitan iklan pilihan raya berbayar di Internet mesti diluluskan oleh seorang calon atau ejen pilihan raya sejak permulaan tempoh berkempen, iaitu selepas tamat prosiding Hari Penamaan Calon.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan