Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari Bertenang & Hari Mengundi: Apa yang boleh, tidak boleh dilakukan

Aktiviti berkempen mahupun iklan pilihan raya tidak dibenarkan pada Hari Bertenang hari ini (9 Jul) serta Hari Mengundi esok.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2020 05:16PM Dikemas Kini : 09 Jul 2020 08:50PM

SINGAPURA: Aktiviti berkempen mahupun iklan pilihan raya tidak dibenarkan pada Hari Bertenang hari ini (9 Jul) serta Hari Mengundi esok.

Ini termasuk aktiviti berkempen secara online, mengedarkan risalah serta memakai, menggunakan, membawa atau mempamerkan sebarang propaganda politik.

Kenyataan yang dibuat oleh individu bahawa laporan polis dibuat ke atas calon-calon politik bagi menarik perhatian, juga tidak dibenarkan.

Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyatakan kenyataan-kenyataan sedemikian boleh dianggap sebagai mempunyai niat yang berat sebelah, lantas meliputi apa yang disifatkan sebagai pengiklanan untuk pilihan raya.

Pesakit COVID-19 serta individu yang dikenakan Perintah Kuarantin tidak akan dibenarkan keluar mengundi sementara para pengundi yang menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) boleh keluar mengundi, tertakluk kepada peraturan khas.

Orang ramai harus memastikan bahawa mereka sihat sebelum keluar mengundi dan menghindari masa mengundi dari 7.00 malam hingga 8.00 malam kerana ia dikhaskan bagi mereka di bawah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau kurang sihat.

Stesen-stesen mengundi di Singapura akan dibuka dari 8.00 pagi hingga 8.00 malam esok.  


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan