Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2020: ELD keluarkan senarai 9 pusat penamaan calon

Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan senarai sembilan pusat penamaan calon, menyusuli pengumuman pada Selasa (23 Jun) bahawa Hari Penamaan Calon akan jatuh pada 30 Jun, dengan warga Singapura keluar mengundi pada 10 Jul.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2020: ELD keluarkan senarai 9 pusat penamaan calon

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 23 Jun 2020 07:25PM Dikemas Kini : 24 Jun 2020 01:15AM

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) mengumumkan senarai sembilan pusat penamaan calon, menyusuli pengumuman pada Selasa (23 Jun) bahawa Hari Penamaan Calon akan jatuh pada 30 Jun, dengan warga Singapura keluar mengundi pada 10 Jul.

Calon yang mahu bertanding harus menyerahkan kertas pencalonan mereka di salah satu daripada sembilan sekolah, masing-masing mengendalikan kawasan undi berikut::

  • Sekolah Rendah Bendemeer - Bishan-Toa Payoh, Jalan Besar, Radin Mas, Tanjong Pagar
  • Sekolah Chong Fu - Kebun Baru, Marsiling-Yew Tee, Nee Soon, Sembawang
  • Sekolah Menengah Deyi - Aljunied, Ang Mo Kio, Marymount, Yio Chu Kang
  • Maktab Rendah Jurong Pioneer - Chua Chu Kang, Hong Kah North, Pioneer
  • Sekolah Kong Hwa - MacPherson, Marine Parade, Mountbatten, Potong Pasir
  • Sekolah Perempuan Methodist - Bukit Panjang, Holland-Bukit Timah
  • Sekolah Tinggi Nan Hua - Bukit Batok, Jurong, West Coast, Yuhua
  • Sekolah Poi Ching - Hougang, Tampines
  • Sekolah Rendah St Anthony's Canossian - East Coast, Pasir Ris-Punggol, Punggol West, Sengkang

Kertas pencalonan harus diserahkan pada 30 Jun kepada Pegawai Pilihan Raya. Dokumen tersebut mesti diisi dan ditandatangani oleh calon, atau sekumpulan calon bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC), bersama dengan pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat penjamin.

Setiap calon juga harus membayar deposit S$13,500 sebelum tengah hari pada Hari Penamaan Calon, menurut ELD dalam kenyataan medianya.

Menurut Akta Pilihan Raya Parlimen, deposit setiap calon adalah elaun bulanan tetap yang dibayar kepada Anggota Parlimen sebelum tarikh pembubaran Parlimen (dibulatkan kepada S$500 terdekat).

"Walaupun bayaran deposit dapat dilakukan di Pusat Penamaan Calon sebelum 12.00 tengah hari pada Hari Penamaan Calon, kami sangat menggalakkan calon untuk mengemukakan wang deposit lebih awal melalui pemindahan dana elektronik menggunakan khidmat digital ELD untuk calon," kata ELD dalam siaran medianya.

Pegawai Pilihan Raya tahun ini ialah Encik Tan Meng Dui, ketua pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Setelah disahkan, para calon boleh mula berkempen dari Hari Penamaan.

Tempoh berkempen akan disusuli dengan Hari Bertenang, sehari sebelum rakyat keluar mengundi pada 10 Jul.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan