Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2020: Calon Melayu PAP ada 'pengalaman lapangan yang sangat kuat', kata setiausaha agung parti Lee Hsien Loong

Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong pada Isnin (29 Jun) memberi penilaian terhadap barisan enam muka baru yang menjadi calon Melayu/Islam PAP kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong pada Isnin (29 Jun) memberi penilaian terhadap barisan enam muka baru yang menjadi calon Melayu/Islam PAP kali ini.

Encik Lee menyifatkan mereka sebagai "sangat pelbagai" dan mewakili generasi baru Melayu yang berjaya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media maya untuk mengumumkan barisan calon PAP bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio.

PM LEE: CALON MELAYU PAP ADALAH PERAN CONTOH

Enam muka baru calon Melayu/Islam yang akan bertanding dalam GE2020 itu adalah bilangan paling ramai diperkenalkan bagi proses pembaharuan kepimpinan Melayu untuk satu-satu pilihan raya.

Encik Lee berkata mereka mewakili barisan yang luas dari segi latar belakang dan mempunyai "pengalaman lapangan yang sangat kuat".

Peguam dan aktivis masyarakat Cik Nadia Ahmad Samdin adalah aktivis belia, kata Encik Lee yang juga Perdana Menteri.

Seorang lagi, Zhulkarnain Abdul Rahim adalah mantan Pengerusi AMP.

Zhulkarnain Abdul Rahim, Nadia Ahmad Samdin dan Sharael Taha. (Gmabar-gambar: PAP)

Juga disebut PM Lee adalah tiga karyawan yang berjaya dalam kerjaya masing-masing:

Sharael Taha adalah Naib Presiden Singapore Aero Engine Services; Mariam Jaafar berjaya dalam perniagaan selaku Pengarah Urusan Boston Consulting Group; dan bekas Kolonel, Fahmi Aliman, mendaki tangga kerjaya dalam SAF dan MUIS.

Malah kata PM Lee, ada juga calon yang bermula dari aliran Normal Akademik kemudian mendapat PhD, seperti Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

(Dari kiri) Dr Wan Rizal, Mariam Jaafar dan Mohd Fahmi Aliman. (Gambar-gambar: PAP)

"Kami sangat gembira dengan calon-calon Melayu kita. Mereka sangat pelbagai. Ia mewakili satu generasi baru Melayu muda yang berjaya, yang berjaya dalam kehidupan, yang mahu memberi balik.

"Saya rasa mereka adalah peran-peran contoh bahawa ini caranya sistem kita berfungsi demi memastikan masyarakat Melayu - Melayu Singapura - seperti orang lain di Singapura ada peluang samarata dan sepenuhnya untuk berjaya dan menyumbang kembali kepada masyarakat," jelas PM Lee.

PM LEE: AP MELAYU PERJUANGKAN ISU NASIONAL

Menyentuh pula tentang Anggota Parlimen Melayu sedia ada, beliau juga "sangat gembira" dengan prestasi mereka.

Ini kerana menurut PM Lee barisan tersebut tidak lagi hanya membincangkan soal-soal masyarakat apabila di Parlimen, namun turut memperjuangkan isu-isu nasional.

"Sekarang di Parlimen, apabila AP Melayu berucap, anda tidak hanya mendengar tentang isu-isu Melayu secara khusus, tetapi mereka bercakap tentang isu-isu nasional. Mereka bercakap tentang isu-isu yang mereka minati, seperti isu-isu tentang golongan berpendapatan rendah, tentang sekitaran, tentang pendidikan.

"Dan saya rasa inilah yang sepatutnya apabila kita bercakap tentang meritokrasi, apabila kita bercakap tentang keharmonian berbilang kaum, apabila kita bercakap tentang peluang samarata dan rasa bangga menjadi rakyat Singapura. Itu yang kami maksudkan - Bangsa Singapura," tekan beliau.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/UR/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan