Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Fahmi Aliman ingin jadikan WGS hab anak muda berlatih, bersenam

Selepas bertarung sebagai salah seorang muka baru PAP dan menang di GRC Marine Parade Encik Fahmi Aliman kini rasmi sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas kawasan Geylang Serai.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Selepas bertarung sebagai salah seorang muka baru PAP dan menang di GRC Marine Parade Encik Fahmi Aliman kini rasmi sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas kawasan Geylang Serai.

Apakah yang mahu beliau ubah atau tambah tentang Geylang Serai?

Dan apa pula yang mahu beliau ubah dalam landskap pekerja selaku salah seorang pegawai tinggi di NTUC?

BERITAmediacorp bertemu Encik Fahmi untuk mendapatkan jawapannya.

Setelah bersara lebih awal dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), bekas pegawai berpangkat Kolonel ini 'berperang' pula dalam arena politik menerusi Pilihan Raya Umum baru-baru ini.

Ternyata, banyak yang membantu beliau dalam perjuangan untuk ke parlimen.

Kini setelah menang sebagai Anggota Parlimen GRC Marine Parade, wajah dan kelibat beliau akan lebih sering anda lihat di kawasan Geylang Serai kerana beliaulah yang kini bertanggungjawab bagi kawasan itu.

IDEA BARU BAGI WGS

Menurut Encik Fahmi beliau kini mahu meneroka idea-idea demi terus membangunkan Geylang Serai menjadi tempat lebih selesa dan boleh dibanggakan.

Dan ini antaranya:

"Saya ingin mengadakan program untuk anak-anak muda kita. Itu saya ingin memberikan idea dia untuk anak-anak muda kita turun menggunakan Wisma Geylang Serai juga sebagai tempat beriadah, tempat latihan. Di situ sambil mereka berlatih, kita pun boleh memberikan mereka kesedaran tentang pemakanan sihat," katanya.

Menurut beliau lagi, memandangkan banyak penduduk warga emas di Geylang Serai, beliau juga mahu menumpukan isu kesihatan untuk mereka, selain memudahkan golongan tersebut bergerak dengan mudah di kawasan tersebut.

BANTU GOLONGAN BERGAJI RENDAH 

Ditanya pula, apakah tumpuannya kini selaku Pengarah Sekretariat Divisyen Mobilisasi dan Operasi di Unit Pentadbiran dan Penyelidikan (NTUC-ARU), Encik Fahmi menjawab membantu golongan bergaji rendah yang terhimpit ekoran pandemik COVID-19 menjadi tumpuan utama beliau.

Sektor-sektor yang akan bantu termasuklah pembersihan, keselamatan, F&B dan landskap.

"Di situ saya ingin cuba membuka minda bukan sahaja daripada golongan muda, tetapi golongan 40-an hingga 50-an tahun untuk cuba belajar menggunakan apakah program dan inisiatif yang ada di NTUC seperti di e2i, Hab Pembelajaran. Di situ banyak lagi kursus-kursus yang mereka boleh ceburi untuk mempertingkatkan diri mereka," kongsi beliau.

Menurutnya lagi, Majlis Jaminan Pekerjaan NTUC dapat membantu sekitar 12,000 pekerja peluang pekerjaan atau peluang berpindah ke pekerjaan lain. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan