Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ELD sangkal dakwaan pena mengundi tidak menandakan dengan betul

Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyangkal dakwaan yang tersebar online bahawa pena khas yang disediakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ini tidak menandakan dengan betul. Maklumat itu tegasnya adalah palsu, menurut ELD pada Jumaat (10 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
ELD sangkal dakwaan pena mengundi tidak menandakan dengan betul

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 10 Jul 2020 01:48PM Dikemas Kini : 10 Jul 2020 01:52PM

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) menyangkal dakwaan yang tersebar online bahawa pena khas yang disediakan untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ini tidak menandakan dengan betul. Maklumat itu tegasnya adalah palsu, menurut ELD pada Jumaat (10 Jul).

ELD menyatakan ia maklum akan "maklumat palsu yang tersebar online dan pada wadah kiriman mesej segera" bahawa pena khas yang disediakan tidak mengeluarkan tanda dengan betul dan "akan menyebabkan kebanyakan undi menjadi tidak sah".

"ELD ingin menyatakan dengan jelas bahawa ini tidak benar," kata jabatan itu. "Pena khas siap pangkah itu membolehkan pengundi menandakan pilihan mereka pada kertas undi dengan jelas dan mudah dan membuat tanda tanpa perlu menekan kuat di atas kertas undi."

"Kertas undi dengan lebih daripada satu tanda pangkah atau tandanya tidak jelas dalam kotak masih dianggap sah," tambah ELD.

"ELD komited dalam memastikan keselamatan dan rahsia mengundi dan kawalan ketat sudah dilaksanakan bagi setiap proses mengundi."

Pena biasa digantikan dengan pena khas mengundi pada Pilihan Raya Umum tahun ini. Ia bertujuan membuat pilihan para pengundi lebih jelas serta memudahkan prosesnya untuk warga emas, menurut ELD apabila perubahan itu diumumkan pada November lalu.

Para pengundi boleh membawa pena mereka sendiri ke pusat-pusat mengundi.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan