Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ELD sahkan Leong Mun Wai, Hazel Poa dari PSP sebagai NCMP

Jabatan Pilihan Raya pada Khamis (16 Jul) mengesahkanEncik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jul 2020 05:54PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 09:12PM

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya pada Khamis (16 Jul) mengesahkanEncik Leong Mun Wai dan Cik Hazel Poa dari Parti Kemajuan Singapura (PSP) dilantik sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

Pegawai Pilihan Raya mengisytiharkan pelantikan Encik Leong dan Cik Poa selepas mereka dicalonkan oleh PSP pada Selasa, menurut ELD dalam satu kenyataan media.

Encik Leong dan Cik Poa adalah anggota pasukan PSP yang bertanding GRC West Coast dalam Pilihan Raya Umum, bersama dengan setiausaha agung parti itu Dr Tan Cheng Bock, Encik Jeffrey Khoo dan Encik Nadarajah Loganathan.

Pegawai Pilihan Raya Tan Meng Dui telah menulis kepada pasukan itu pada Isnin untuk meminta mereka menentukan siapa antara mereka yang akan diisytiharkan sebagai NCMP dilantik.

Dalam sidang media di ibu pejabat parti tersebut pada Selasa, Dr Tan berkata: "Kami telah menerima tawaran yang diberikan oleh Jabatan Pilihan Raya. Kami bersetuju, jadi sekarang rasmi, kedua-duanya akan menjadi NCMP anda."

Skim NCMP membolehkan calon pembangkang yang kalah dengan peratusan undi tertinggi ditawarkan kerusi di Parlimen sekiranya jumlah anggota pembangkang yang dipilih kurang daripada 12 orang.

Memandangkan Parti Pekerja (WP) sudah memenangi 10 kerusi di Pilihan Raya Umum ini, dua kerusi NCMP ditawarkan kepada PSP.

Pasukan PSP di West Coast menerima undian tertinggi dalam kalangan parti yang tidak dipilih ke Parlimen, semasa Pilihan Raya Umum, memperoleh 48.31 peratus undi menentang pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan