Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ELD akan kumpul maklum balas pengalaman orang ramai di pusat mengundi

Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan menjalankan satu tinjauan terhadap para pengundi untuk mengumpul maklum balas tentang pengalaman mereka di pusat-pusat mengundi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jul 2020 06:48PM Dikemas Kini : 18 Jul 2020 09:09PM

SINGAPURA: Jabatan Pilihan Raya (ELD) akan menjalankan satu tinjauan terhadap para pengundi untuk mengumpul maklum balas tentang pengalaman mereka di pusat-pusat mengundi.

Tinjauan itu merupakan sebahagian daripada semakan berterusan ELD tentang proses mengundi tahun ini, agar ia dapat melakukan lebih baik bagi Pilihan Raya Umum pada masa depan.

ELD memberikan responsnya kepada kenyataan Pengerusi Parti Demokratik Singapura (SDP) Dr Paul Tambyah, yang menyeru agar siasatan bebas dijalankan ke atas proses Pilihan Raya Umum pada 10 Julai.

Ia menyusuli kejadian apabila seorang pengundi, Cik Lum, hilang peluang untuk mengundi ekoran satu kesilapan komunikasi antara dua pegawai pilihan raya.

Dalam responsnya, Jabatan Pilihan Raya menerangkan bahawa Cik Lum diberi kertas undi yang diganti.

ELD menerangkan kertas undi tersebut diberikan kepada mereka yang memohon untuk mengundi setelah mereka diberitahu, menurut daftar pengundi bahawa mereka sudah mengundi.

Dalam kes Cik Lum, ELD menyatakan ia disebabkan oleh kesilapan manusia dan ia meminta maaf kepada wanita itu.

ELD juga menyatakan walaupun terdapat beberapa masalah di pusat-pusat mengundi, peratusan mereka yang keluar mengundi hampir 96 peratus.

Ini, menurut ELD, menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi para pengundi terhadap langkah-langkah keselamatan COVID-19 yang dilaksanakan semasa hari mengundi dan para pengundi masih boleh mengundi secara rahsia. 

Sumber : CNA/NF/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan