GE2020

Images
  • wp-pap smc hougang
    Calon WP bagi SMC Hougang, Dennis Tan, akan bersaing dengan Lee Hong Chuang dari PAP. (Gambar-gambar: Parti Pekerja, Parti Tindakan Rakyat)

Dennis Tan dari Parti Pekerja lawan Lee Hong Chuan dari PAP bagi SMC Hougang

SINGAPURA: Calon Parti Pekerja (WP) bagi SMC Hougang, Dennis Tan, akan bersaing dengan Lee Hong Chuang dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Pilihan Raya Umum kali ini.

Ini merupakan kali kedua Encik Lee bertarung bagi kerusi yang dipegang WP. Pada 2015, beliau berdepan persaingan dengan mantan Anggota Parlimen Png Eng Huat yang kalah selepas hanya meraih 42.3 undi.

WP minggu lalu menyatakan Encik Png tidak akan ikut bertanding dalam GE2020 dan Encik Tan, seorang peguam berusia 48 tahun, dipilih untuk menggantikannya.

Ini bukan kali pertama Encik Tan ikut bertanding dalam GE. Beliau pernah cuba mendapat kerusi menerusi SMC Fengshan pada 2015. Meski kalah, Encik Tan mendapat tempat dalam Parlimen sebagai Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi.

Hougang mempunyai 26,468 pengundi layak tahun ini.

WP sudah memegang SMC tersebut sejak mantan ketua parti itu, Encik Low Thia Khiang, merebutnya dari PAP pada 1991.

Encik Lee, dalam ucapannya selepas disahkan sebagai calon, berkata: "Saya gembira dapat berkhidmat bersama anda selama enam tahun. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih untuk semua. Tolong sokong saya."

Encik Tan, yang berucap selepas Encik Lee, pula mengatakan: "Tolong bolehkan saya terus berkhidmat kepada anda di Hougang dan tolong hantar saya kembali ke Parlimen supaya saya boleh terus menjadi suara anda."  

- CNA/AQ/aq

Top