Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Calon PAP Desmond Lee bertanding di GRC West Coast

Encik Desmond Lee dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast.

Anggaran Waktu Membaca:
Calon PAP Desmond Lee bertanding di GRC West Coast

Desmond Lee dari Parti Tindakan Rakyat (PAP). (Gambar: PAP)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 01:34PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 01:37PM

SINGAPURA: Encik Desmond Lee dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast.

Ini bermakna beliau berpindah daripada GRC Jurong.

Pasukannya terdiri daripada Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, Cik Foo Mee Har, Cik Ang Wei Neng dan calon baru Cik Rachel Ong.

Nama Encik Desmond adalah antara yang dinyatakan pada kertas penamaan calon yang diserahkan di Sekolah Tinggi Nan Hua hari ini (30 Jun), yang merupakan pusat penamaan calon bagi GRC West Coast dan Jurong.

Pasukan PAP di GRC West Coast akan bersaing menentang Setiausaha Agung Parti Kemajuan Singapura Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock, Encik Leong Mun Wai, Cik Hazel Poa, Encik Nadarajah Loganathan dan Encik Jeffrey Khoo.

Encik Desmond Lee, yang merupakan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara sebelum ini berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong sejak 2011.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi liputan terkini GE2020: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan